Oleh Nafsiah Jani

Betapa hebatnya lagu, Terus Bersinar dendangan Hafiz Suip. Belum pun diperdengarkan pada peminat lagu itu telah dipilih untuk menjadi lagu tema drama bersiri 30-episod terbitan Mache All Star United berjudul ‘Surat Dari Tuhan’ di TV3, lakonan Janna Nick dan Syukri Yahya.

Hafiz Suip bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF7) tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat besar yang dimiliki membawa kerjaya seninya di puncak tertinggi. Pelbagai pengiktirafan sudah diterima, sekaligus meletakkan namanya di liga tersendiri. Bercakap soal lagu, mana mungkin boleh melupakan lagu Awan Nano, Noktah Cinta, Ku Akui, Bahagiamu Deritaku, Kisah Cinta Kita dan banyak lagi.

Malah, deretan lagu yang sudah dihasilkan masih menjadi siulan sehingga kini. Daripada hubungan bersama bapa, adik -beradik, suami isteri hingga kekasih, mesej yang diketengahkan menerusi lagu yang dihasilkan cukup menyentuh hati.

Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim (kiri) ketika majlis pelancaran album Terus Bersinar Hafiz Suip baru- baru ini.

Setelah lama mnyepikan diri, kini Hafiz, 33, atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip muncul dengan single berjudul “Terus Bersinar” terbitan syarikat rakaman Nova Music. Menariknya, lagu ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito serta lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman JP itu adalah kerjasama pertama Hafiz bersama mereka.

“Sepanjang kerjaya, saya sudah merakamkan lagu yang menceritakan mengenai lumrah kehidupan yang semua orang lalui. Contohnya, lirik lagu Matahari mengisahkan hubungan kesusahan adik-beradik. Awan Nano pula pengorbanan seorang ayah dan lagu Kisah Cinta Kita adalah terjemahan kasih sayang antara suami dan isteri.

“Mesej lagu Terus Bersinar yang ingin saya sampaikan ini adalah mengenai anak. Boleh dikatakan, setiap lagu nyanyian saya ada jalan ceritanya yang tersendiri dan semua lagu itu juga ada kisah kehidupan yang mempunyai mesej,” kata Hafiz mengenai lagu barunya yang bergenre balada ini

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Hafiz berkata dia terus jatuh cinta dengan lagu itu ketika kali pertama mendengar melodinya.

Hafiz Suip terus memburu kejayaan!

“Masa mula-mula mendengarnya saya terus tertarik dengan melodi dan liriknya. Itu yang membuatkan saya terus bersetuju untuk rakamkan sebagai single terbaru saya. Specialnya lagu ini, ia turut selitkan sedikit sentuhan alat muzik tradisional Sarawak iaitu Sape pada penghujung lagu.

“Kalau kita lihat trend sekarang, peminat suka dengan lagu-lagu balada dari Indonesia. Jadi, apa saya perasan, karya Mas Dewangga pun ada sentuhan bunyi itu. Kebetulan saya pun menyukai lagu yang diberikan kepada saya. . Saya sendiri menangis ketika rakaman dan saya harap peminat dan pendengar juga dapat merasainya,” katanya lagi.

Hafiz juga berharap lagu Terus Bersinar bakal menjadi sebuah karya pilihan dan diminati oleh semua seperti kebanyakan lagu-lagunya sebelum ini. Namun, dia juga tidak mahu terlalu berharap. Sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ini, apa boleh dikatakan adalah dia dapat rasa mesej yang ingin disampaikan.

Previous articleAda sebab Noraniza Idris pilih Hazama dan jual muruku
Next articleAwie kini bergelar pengarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here