Oleh Wawa Najwa

BELUM ada lagi penyanyi wanita lain yang dapat menandingi populariti Ratu Rock Malaysia, Ella. Lagu-lagu dendangan Ella daripada 10 buah album, sejak Pengemis Cinta (1989) hingga Peace.Love.Rindu (2017) terus mendapat sambutan sehingga kini.

Justeru itu, apabila Ella atau nama penuhnya, Nor Zila Aminuddin, 57, mengumumkan untuk mengadakan konsert ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar beliau mendendangkan lagu secara langsung.

Ella janji penonton yang hadir pasti terhibur dengan persembahannya.

Sewaktu penganjur Hitman Solutions mengumumkan jualan tiket untuk konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Jun lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Ella juga melakar sejarah tersendiri kerana untuk konsert tersebut beliau menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records untuk ‘Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’.

Selepas Axiata Arena, penyanyi lagu “Sembilu, Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Rindu dan Pedih” itu mengatur langkah ke seberang tambak pula. Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ di Singapura pun mendapat sambutan memberangsangkan.

Ella bakal menghibur peminatnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Januari 2024.

Ratu Rock itu turut mendapat pengiktirafan daripada ‘Singapore Book of Records’ (SBOR) sebagai penghibur Malaysia yang mencatat jualan tiket tertinggi bagi tempoh dua jam melalui Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ di republik itu pada 17 dan 18 Ogos lalu.

Dari selatan, siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ singgah pula di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 28 Oktober lalu.

Pada 20 Januari 2024, konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ anjuran Hitman Solutions bersama syarikat RockQueen, akan bertemu para peminat di Sabah, pada puku 8.30 malam, di International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Populariti Ella tak pernah luntur.

“Alhamdulillah, sokongan padu daripada para peminat membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini.
Demi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula, dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ di sana.

“Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan,” kata Ella selepas mengadakan sidang media pengumuman konsertnya di Sabah, baru-baru ini.

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar dua jam lebih, bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Peminat tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan Ella.

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Datuk Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert tersebut.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.

Bagi yang ingin menonton konsert Ella, tiket-tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania.

Previous articleHasrat Che Ta tak kesampaian kerana positif Covid
Next articleHarus mengucapkan ‘Merry Christmas’ (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here