A man in black suit jacket wearing eyeglasses
Photo by Towfiqu barbhuiya on Pexels

Oleh Nafsiah Jani

Sekarang ini kedengaran gejala batuk dan selesema melanda semua orang tak kira bangsa dan jantina termasuk kanak-kanak kecil serta bayi yang sekarang ini begitu mudah dijangkiti. Batuk dan selesema yang berlarutan cukup menyeksa nyawa.

Batuk terjadi apabila terdapat keradangan yang berlaku pada saluran pernafasan. Keradangan ini boleh menyebabkan kahak dan paru-paru cuba mengeluarkannya melalui batuk. Batuk juga cukup merbahaya kerana ia boleh membuatkan seseorang itu sesak nafas akibatnya.

Bila terdapatnya tanda mulai batuk, cuba hindari daripada minum air teh, air bersusu atau minuman yang berkafein. Elakkan makanan yang berminyak atau bergoreng. Kurangkan merokok dan menghidu asap rokok kerana ia mengganggu saluran tekak dan paru-paru.

Selective focus photo of coughing man s hand
Photo by Towfiqu barbhuiya on Pexels

Setiap penyakit ada penawarnya. Yang penting sebagai manusia kita kena berusaha dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT. Jika batuk ini tidak mampu diubati secara tradisional dan masih berlarutan, segeralah berjumpa doktor. Bersama ini kami sertakan beberapa petua tradisional untuk mengurangkan serta menghilangkan masalah batuk dan kahak.

Minum Air Sarsi

Mungkin kita ingat air bergas seperti Sarsi tidak elok untuk kesihatan. Rupanya air ini cukup bagus untuk membantu menghilangkan batuk. Caranya ambil satu botol kecil air Sarsi dan jerangkan di atas dapur. Masak sekejap sahaja untuk menghilangkan gas tersebut. Bila air sarsi dah suam, sedap diminum begitu saja. InsyaAllah, kesannya cukup menakjubkan. Dalam beberapa hari masalah batuk anda akan hilang begitu saja.

Kicap dan Limau

Cara lain menghilangkan batuk, ambil satu sudu kicap dan perahkan air limau (tak kira limau nipis ataupun limau kasturi) ke dalam sudu tersebut bersama kicap. Bolehlah diminum campuran kicap dan perahan limau itu begitu sahaja.

Jus Nanas

Glass of pineapple juice with ice cubes and mint
Photo by Leonardo Luz on Pexels

Jus nanas yang sarat dengan vitamin C juga mampu merawat batuk kerana ia mempunyai kandungan bromelain paling tinggi dalam kalangan buah. Caranya dengan mengisar sedikit buah nanas bersama sedikit madu, lemon, garam dan halia parut. Jus nanas juga bersifat inflamasi dan litik dan ia dapat menipiskan permukaan mukus dan memudahkan lendir dan kahak untuk keluar. Selain airnya yang manis dan sedap, jus ini juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat terlalu kerap batuk.

Berkumur Dengan Air Garam

Untuk menghilangkan batuk dan rasa gatal ditekak, cubalah berkumur-kumur dengan air garam. Petua ini juga mampu melegakan batuk berkahak serta membersihkan mulut seseorang.

Teh Halia

Halia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu membuang kahak, melegakan serta mengurangkan pedih pada tekak. Caranya dengan campurkan air teh bersama sedikit halia yang diketuk dan diminum ketika panas atau suam. Pasti anda teruja dengan kesannya.

Manakala untuk menghilangkan gatal pada kerongkong, campurkan beberapa helai daun pudina segar ke dalam teh halia tersebut. Masukkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan teh halia ini sesuai diambil dua kali sehari.

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih bukan hanya mampu untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi juga boleh menghilangkan batuk. Caranya dengan membakar satu labu bawang putih dengan kulit selama 15 minit. Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja bawang putih tersebut.

Banyak Minum Air Masak

Selain mengamalkan petua tradisional, mereka yang batuk digalakkan minum banyak air masak kerana batuk juga dikaitkan dengan masalah kekurangan air didalam badan. Air juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi (kekurangan air) yang mampu mengundang penyakit lain. Mereka yang batuk berkahak digalakkan minum lebih banyak air masak bagi mengelakkan kahak yang banyak dan batuk berterusan. Amalan minum air yang banyak dapat membantu badan melawan penyakit dan mengekalkan kelembapan pada saluran pernafasan.

Madu

Madu asli mempunyai banyak khasiat termasuklah melegakan batuk. Madu boleh diminum begitu sahaja atau dicampurkan dengan perahan limau nipis dan jus lemon. Kombinasi madu asli, perahan lemon dan air suam dapat menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk.
Madu juga boleh diamalkan bersama bunga cengkih. Ambil satu sudu makan madu dan letakkan lima biji bunga cengkih didalamnya. Biarkan selama 5 jam dan selepas itu buang bunga cengkih dan minum campuran madu dan bunga cengkih tersebut. Kandungan keduanya mampu melegakan sakit tekak dan batuk.

Khasiat Asam Jawa

Batuk juga mampu dilegakan dengan minum air asam jawa. Kacau air suam bersama dua sudu asam jawa hingga sebati. Tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya. Biarkan seketika dan selepas itu, air tersebut bolehlah diminum bagi melegakan tekak dan menyejukkan badan. Untuk kesan yang lebih optimum, amalkan air asam jawa ini dua kali sehari.

Previous articleHarus mengucapkan ‘Merry Christmas’ (Bahagian 1)
Next articleKonsert Exists X Orkestra, 22 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here