Oleh Syed Wafa

Bagi peminat artis legenda tanah air, jangan lepaskan peluang untuk tempah tiket anda meraikan tahun baru ini sambil berhibur sempena ’70s & 80s Rentak Retro’ yang akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini pukul 8.30 malam.

“Majlis ini diadakan bagi mengembalikan nostalgia kehebatan artis era 70an dan 80an yang masih berbisa,” kata Amran Nasrudin yang merupakan pengurus majlis ini.

Antara artis yang terlibat Jay Jay, Dato’ Hail Amir, Ayati Tasrip, Maya DFKL, Shah Farid, Keena Mentor, Wannie Mentor, Jamie Chik dan Rahim Kidol.

Tiket bermula dengan harga RM88, RM70 dan RM50 boleh didapati melalui talian +6017-3268068 atau +6019-3056928

Amran Nasruddin merupakan pengurus majlis hebat ini.

“Pelbagai aktiviti menarik pada malam tersebut antaranya penyanyi terbaik, pakaian terbaik, pasangan terbaik serta cabutan bertuah,” kata Amran Nasrudin lagi.

Majlis ini dianjurkan oleh PEMEKAR dan Grand Barakah Hotel untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air.

Previous article10 amalan Rasulullah SAW
Next articleDua legenda, UK’s dan Slam berentap di “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here