Antara selebriti terkenal yang serbu Restoran Puteri Pencala di bulan Ramadan.

Oleh Syed Wafa
Foto Syed Wafa

Pastinya di bulan Ramadan bufert berbuka puasa di Restoran Puteri Pencala antara yang menjadi tarikan pengunjung. Ini terbukti kerana menu yang di sediakan begitu enak dan banyak pilihan serta harganya sungguh berpatutan.

Bukan sahaja masyarakat sekitar yang datang bersama keluarga untuk berbuka puasa di sini malah ramai selebriti terkenal tanah air tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di bulan Ramadan ke sini.

Restoran Puteri Pencala yang tidak asing di kalangan peminat masakan Melayu yang begitu terkenal dan terletak di Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Lebih 60 menu disediakan sepanjang bulan Ramadan di Restoran Puteri Pencala.

Bila Ramadan datang, inilah saat paling indah pengunjung setia restoran ini . Bufet di bulan Ramadan di Restoran Puteri Pencala akan sentiasa dirindui dengan pelbagai sajian menu yang sunggguh menyelerakan.

Sambil menjamu selera dengan masakan yang enak sambil melihat pemandangan yang indah sekitar restoran ini.
Setelah lebih 17 tahun beroperasi, Restoran Puteri Pencala masih gah dan bertahan sehingga sekarang.

Laksa Johor antara menu kesukaan pengunjung Restoran Puteri Pencala

“Sebenarnya Kak Chah utamakan kualiti dan menu yang sesuai dengan selera pengunjung seperti masakan air tangan ibu kita,” kata Datuk Habsah Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah yang merupakan pemilik Restoran Puteri Pencala dan juga penulis lirik terkenal tanah air.

Di setiap hari kecuali bulan Ramadan, Restoran Puteri Pencala beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 6 petang dan buat masa ini tempahan makanan secara ala carte yang menyediakan pelbagai menu yang sungguh menyelerakan.

Kak Chah gembira sahabat datang memberi sokongan.

“Bermula 13 Mac hingga 7 April lebih 60 menu yang disediakan sepanjang Ramadan ini dan yang paling terkenal di sini laksa Johor, asam pedas, soto, nasi dagang, daging salai, kambing bakar, satay dan banyak lagi,” kata Kak Chah.

Ramai selebriti terkenal yang tidak lepas peluang berbuka di sini antaranya Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy, Zaiton Sameon, Haiza, Taizo, Rozie Rashid, Helan Yap, Putra Amaris dan ramai lagi.

Petemuan dua legenda Kak Ogy dan Zaiton Sameon di bulan Ramadan yang mulia

“Kak Ogy memang suka menjamu selera di sini bersama anak walaupun bukan bulan Ramadan kerana masakan di sini sungguh menyelerakan dan harga bufet Ramadannya sungguh murah,” kata Kak Ogy ikhlas.

” Setiap tahun pasti Eton akan datang berbuka ke sini kerana rindu dengan masakan dan banyak pilihan yang semuanya sungguh lazat,” kata Zaiton Sameon.

Putra Amaris dan Tyzo antara peminat setia yang selalu berkunjung ke restoran Puteri Pencala

“Saya paling suka asam pedas Restoran Puteri Pencala dan daging salai masak lemak, pasti saya akan rindu, ” kata Helan Yap bersungguh-sungguh.

Kak Chah buat kejutan menyambut hari jadi Wafa (Penulis) bersama rakan-rakan artis dan media

Restoran Puteri Pencala juga menyediakan majlis berbuka puasa serta tempat yang selesa untuk pelbagai majlis antaranya majlis persandingan, sambutan hari jadi, seminar dan lain-lain lagi. Ia boleh menerima 400 orang tetamu dalam satu masa.

Bagi mereka yang ingin ingin membuat tempahan awal boleh hubungi di talian +6012-3147652 atau +6011-28820446.

Di samping suasana persekitaran yang indah, terdapat pelbagai lagi keistimewaan ketika berbuka puasa di sini antaranya kemudahan untuk meletak kereta dan surau juga disediakan untuk mengerjakan solat.

Bagi semua pembaca Ladybosz jangan lepas peluang berbuka puasa di sini dengan harga yang sungguh rendah bermula RM62 untuk dewasa, Rm35 untuk kanak-kanak dan untuk warga emas RM53 dengan hidangan lebih dari 60 menu…Rugi tak datang bersama keluarga!

Previous articleAdakah Al-Quran makhluk yang boleh memberi syafaat?
Next articleKhasiat buah kurma yang cukup menakjubkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here