Oleh: Wawa Najwa

KETIKA nama kumpulan DOLLA berada di puncak, tiba-tiba saja peminat dikejutkan dengan berita anggota termuda kumpulan tersebut, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada 8 April lalu.

Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, ahli kumpulan M-pop DOLLA, mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

Meskipun tanpa Syasa, tiga lagi ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby akan meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

Malah, tahun ini pihak Universal Music Malaysia telah membuat pelbagai perancangan untuk memastikan kumpulan ini menempah nama di persada muzik Asia Tenggara.

“Kami tetap akan meneruskan perancangan yang telah diatur oleh syarikat rakaman. Tentulah kami berasa sedih dengan perkembangan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa jua keputusan dia,” ujar Tabby.

Hubungan akrab anggota DOLLA ibarat sebuah keluarga.

Selain itu, Sabronzo pula berkata mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan DOLLA sebagai kumpulan.

Bagi Angel pula, keakraban mereka sejak menyertai DOLLA ibarat adik-beradik.

“Hubungan kami sangat erat dan kami tetap anggap Syasya sebagai keluarga DOLLA. Persahabatan yang dibina selama ini tidak akan terputus begitu saja,” kata Angel.

DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘DOLLA Make You Wanna’ yang dilancarkan pada 20 March 2020.

Sehingga kini, DOLLA telah mengeluarkan enam single solo, termasuk hits seperti Impikan, BAD dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.

Baru-baru ini, DOLLA telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu rancangan baharu di China – ‘Show It All’ – yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif. Rancangan ini disiarkan melalui salah satu stesen televisyen utama negara tersebut MangoTV.

Universal Music Malaysia berharap peminat DOLLA dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya DOLLA.

Previous articleCinta Tak Mungkin Siti Nurhaliza serikan drama Malang Si Puteri
Next articleSpider Keluar Sarang beraksi di Zepp, 22 Jun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here