Antara selebriti terkenal yang datang menjamu selera di Restoran Puteri Pencala

Oleh Syed Wafa
Foto Syed Wafa

Di bulan Ramadan yang lalu, bufert berbuka puasa di Restoran Puteri Pencala antara yang menjadi tarikan pengunjung. Ini terbukti kerana menu yang di sediakan begitu enak dan banyak pilihan serta harganya sungguh berpatutan.

Bukan sahaja masyarakat sekitar tidak jemu datang bersama keluarga malah ramai selebriti terkenal tanah air tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di Restoran Puteri Pencala.

Kali ini sempena Syawal yang mulia, Restoran Puteri Pencala menjemput untuk menjamu selera di sini bersama keluarga atau rakan-rakan mencuba pula ‘Bufet Raya & Pasca Raya’ yang bermula pada 18 April yang lalu dan akan berakhir pada 17 May akan datang dengan harga yang sungguh berpatutan iaitu dewasa RM 59, Kanak-kanak RM 39 dan Warga Emas cuma RM 48.

Haiza antara pengunjung setia Restoran Puteri Pencala

Restoran Puteri Pencala yang tidak asing di kalangan peminat masakan Melayu yang begitu terkenal dan terletak di Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Lebih 60 menu yang sungguh lazat dan tradisi masakan orang Melayu disediakan sepanjang bulan Syawal ini dan pastinya rugi kalau tidak datang bersama keluarga dan rakan-rakan menjamu selera di sini.

Antara menu raya yang mendapat sambutan

“Sebenarnya atas permintaan ramai yang menyuruh Kak Cah buat bufet raya sebab mereka seolah-olah masih merindui menu yang disediakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

“Paling utama Kak Chah utamakan kualiti dan menu yang sesuai dengan selera pengunjung seperti masakan air tangan ibu kita,” kata Datuk Habsah Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah yang merupakan pemilik Restoran Puteri Pencala dan juga penulis lirik terkenal tanah air.

“Bermula dari 18 April hingga 7 May lebih 60 menu yang disediakan sepanjang Syawal ini dan yang paling terkenal di sini laksa Johor, asam pedas, soto, nasi dagang, rendang ayam, rendang daging, daging salai, siput sedut, satay dan banyak lagi,” kata Kak Chah.

Noryn Aziz terharu dapat berhari raya bersama idolanya, Zaiton Sameon di Restoran Puteri Pencala

Ramai selebriti terkenal yang tidak lepas peluang menjamu selera sempena ‘Bufet Raya & Pasca Raya’ baru-baru ini, antaranya Salamiah Hassan atau lebih mesra dipanggil Kak Anya, Zaiton Sameon, Haiza, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Kak Chah terharu Salamiah Hasan sudi menjamu selera di Restoran Puteri Pencala milik beliau

“Kak Anya memang suka menjamu selera di sini kerana masakan di sini sungguh menyelerakan dan harga bufetnya sungguh murah,” kata Kak Anya ikhlas.

Suasana yang tenang menjamu selera di Restoran Puteri Pencala

“Eton selalu akan datang menjamu selera ke sini kerana rindu dengan masakan dan banyak pilihan yang semuanya sungguh lazat,” kata Zaiton Sameon.

Antara rakan media dan selebriti terkenal yang datang menjamu selera sempena ‘Bufet Raya & Pasca Raya’ di Restoran Puteri Pencala

“Saya paling suka asam pedas Restoran Puteri Pencala dan daging salai masak lemak, pasti saya akan rindu, ” kata Noryn Aziz bersungguh-sungguh.

Restoran Puteri Pencala juga menyediakan majlis rumah terbuka sempena Syawal ini serta tempat yang selesa untuk pelbagai majlis antaranya majlis persandingan, sambutan hari jadi, seminar dan lain-lain lagi. Ia boleh menerima 400 orang tetamu dalam satu masa.

Bagi mereka yang ingin ingin membuat tempahan awal boleh hubungi di talian +6012-3147652 atau +6011-28820446.

Previous articleMak Enon primadona bangsawan tersohor
Next articlePersembahan mantap CNBLUE pukau 5,000 penonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here