Nourul Depp mahu membantu mereka yang pernah melalui kehidupan yang trauma.

Oleh: Wawa Najwa

SELEPAS kejayaan program Firetalk By Nourul yang pertama diadakan pada tahun lalu, kini Nourul Depp selaku pengasas dan penceramah bagi seminar pembangunan diri itu berbesar hati untuk mengumumkan Firetalk 2024 bakal kembali berlangsung.

Firetalk by Nourul Depp 2024 akan bermula pada jam 9 pagi hingga 7 malam di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 2 Jun ini.

Penyanyi Cinta Azali yang juga jurulatih kesihatan itu berkata, atas permintaan ramai dan maklumbalas positif serta kepercayaan yang tulus kepada pihak penganjur sebelum ini, membuatkan pihaknya tidak teragak untuk meneruskan program tersebut.

Program Firetalk By Nourul kembali untuk berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada peserta sambil berhibur dengan persembahan Nourul.

“Alhamdulillah, penganjuran pertama dulu disertai oleh kira-kira 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan bangsa, terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ramai di antara peserta telah melalui satu transformasi dan peningkatan diri yang hebat dan positif.

“Sebab itu jugalah kami kembali pada tahun ini dengan pengisian program yang lebih fokus kepada pembinaan potensi dan bakat diri, dengan menyuntik motivasi menerusi cara mengatasi pelbagai cabaran hidup semasa, kesan akibat trauma dan isu yang berkaitan dengan kesihatan mental,” jelas Nourul.

Tambah Nourul, pihaknya amat komited meneruskan misi ini untuk membantu sesiapa sahaja agar individu-individu ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik melalui pembangunan peribadi.

“Kami berharap program ini dapat mencapai lebih ramai peserta yang mana mereka dapat mempelajari beberapa teknik yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dan membuat perubahan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya.

Selain memberi motivasi, Nourul juga akan menghibur peserta selama 45 minit.

Mengambil inspirasi daripada jurulatih kehidupan terkenal Tony Robbins, Nourul telah memulakan perjalanannya yang baharu untuk menjalani latihan sebagai seorang jurulatih kehidupan (life coach). Beliau sedang menjalani sesi latihan untuk mendapat kelayakan tersebut di Robbins-Madanes Training di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Nourul benar-benar teruja untuk bertemu dengan para peserta FIiretalk kali ini dalam skala yang lebih besar dengan perisian silibus yang komprehensif dalam memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi.

Selain memberi motivasi, Nourul juga akan meraikan peserta dengan persembahan nyanyian selama 45 minit di akhir program ini.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM594/orang (Pakej VIP, termasuk makan tengah hari bersama Nourul), RM378/orang (Pakej gold) dan RM270/orang (Pakej silver).

Tempahan tiket boles didapati dengan menghubungi Ina Mohd di talian +6017-9353909 atau secara online di FIRETALK 2024. Harga tiket, termasuk 8% SST, akan dinaikkan bermula 10 Mei 2024.

Previous articleRosnani buktikan anak seni mampu ke menara gading
Next articleSelamat Hari Pekerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here