Tujuh anggota KLP48 yang berasal dari Malaysia bergabung dengan ahli dari Jepun, Indonesia dan Hong Kong.

Oleh: Wawa Najwa

DI Jepun nama AKB48 sudah cukup popular dan kumpulan idola itu juga mempunyai legasinya di beberapa negara lain seperti di Jakarta (JKT48), Bangkok (BNK48), Manila (MNL48 ), Shanghai (AKB48 Team SH), Taipei (AKB48 Team TP) dan Chiang Mai (CGM48).

Kini untuk kumpulan legasi AKB48 yang ke-10 adalah di Malaysia pula yang dikenali sebagai KLP48 yang dianggotai oleh 13 ahli.

Menariknya ahli-ahli KLP48 bukan saja terdiri daripada warga tempatan malah turut disertai oleh warga asing iaitu empat peserta dari Jepun (Yurina, Cocoa, Suzuha & Haruka), seorang Indonesia (Devi) dan seorang dari Hong Kong (Hillary).

Anggota KLP48 yang dipilih berdasarkan uji bakat, menampilkan tujuh anggota dari Malaysia.

Manakala, anggota dari Malaysia ialah Salwa, Yi Shyan, Lucine, Amanda, Ann Drea, Khalies dan Tiffany. Mereka ini dipilih berdasarkan uji bakat yang diadakan dan telah menjalani beberapa latihan.

Pengarah 48 Entertainment Sdn. Bhd,, Yip Chun Huei berkata, nama AKB48 sudah lama dikenali oleh peminat tempatan dan justeru itu pihaknya tidak ragu-ragu untuk memperkenalkan kumpulan idola di Malaysia.

“Walaupun kita tahu konsep kumpulan idola di tanah air masih baharu berbanding di Jepun atau Korea tapi semua itu boleh diatasi kerana KLP48 ada keunikan tersendiri. Setiap anggota KLP48 berasal dari latar belakang yang berbeza dan secara tak langsung memudahkan mereka untuk mendampingi peminat.

KLP48 bakal mengadakan persembahan bersama AKB48 di Zepp Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.

“Dengan beberapa perancangan menarik yang diatur, ahli telah bekerja keras untuk mempamerkan yang terbaik, jadi kami yakin KLP48 boleh melonjak naik di sini dengan sokongan daripada peminat setia AKB48. Pasti peminat mahu melihat ‘adik’ kepada AKB48 berjaya juga,” katanya.

Seperti semua legasi Kumpulan AKB48, masing-masing dikenal pasti dengan jalur warna tersendiri. KLP48 telah diberikan warna hijau, yang berasal daripada jed Malaysia, merangkumi imej aura lembut, empati dan gabungan nilai yang berbeza.

Bagi peminat KLP48 jangan ketinggalan untuk menonton persembahan mereka bersama dengan AKB48, STU48, JKT48 dan QUADLIPS di konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~, pada 18 Ogos di Zepp, Kuala Lumpur.

Previous articleEddie Hamid, Aris Kapilla, Man Khan dan Kamarool bercerita pasal “Poligami”
Next articleKhasiat dan manfaat buah tin untuk kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here