Siti Nurhaliza juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriahkan Hausboom Music Festival 2024.

Oleh: Wawa Najwa

Hausboom Music Festival 2024 yang akan berlangsung di KL Base pada 5 dan 6 Oktober ini, bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan artis yang bakal menjayakan persembahan ini telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.

Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah legenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin. Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor.

Penyertaan artis untuk Hausboom Music adalah atas pemilihan orang ramai.

Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon”, menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.

Katanya, bagi melengkapkan pengalaman para pengunjung di Hausboom Music Festival 2024, mereka bakal disajikan dengan kemeriahan jualan makanan oleh 30 peniaga makanan seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, Beard Brothers, Roti Wap dan lain-lain peniaga makanan tempatan yang terkenal.

“Kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga merupakan antara sebab kami memiliih tema “Colours of Life” di mana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung kelak,” katanya.

Hausboom Music Festival 2024 akan berlangsung di KL Base pada 5 dan 6 Oktober ini.

Dalam pada itu, Azri turut menjelaskan bahawa sebelum Hausboom Music Festival 2024, pihaknya telah menganjurkan tiga siri Hausboom Gig 2024 yang bertempat di Sky Ark Event Space dari bulan Mei sehingga Julai 2024.

Sepanjang Gig berlangsung, sebanyak 12 band underground diberi peluang dan platform untuk melonjakkan bakat serta nama mereka di atas pentas Hausboom GIG 2024.

Tegasnya, kesemua kumpulan yang beraksi di Hausboom GIG 2024 ini telah melalui fasa ”live QR voting” yang diundi penonton-penonton yang hadir dan pemenang bagi undian ini juga akan beraksi di pentas Hausboom Music Festival 2024.

“Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana terdapat 110 peniaga-peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama “streetwear” lokal terkenal di Malaysia termasuk SVG, Hikari, Tntco, The Capcity, Asly, Homebois dan 40 “thrift stores” yang bakal dihimpun pada hari tersebut.

Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan pelbagai artis dari dalam dan luar negara.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memartabatkan jenama-jenama lokal, “streetwear” Malaysia di mana kebanyakan daripada mereka pernah berkolaborasi bersama Hausboom selama ini.

“Diharapkan penganjuran tahun pertama Hausboom Lokal Fest ini dapat menjadi platform untuk jenama- jenama ini mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang disulami gaya kontemporari ‘urban’ masa kini,” katanya penuh harapan.

Tambahnya lagi, sebagai penarik kepada Hausboom Lokal Fest ini, Hausboom juga bakal memperkenalkan 100,000 Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad Hausboom Lokal Fest pada hari acara tersebut.

Label pada botol edisi terhad itu merupakan kolaborasi dengan lima jenama tempatan yang terkenal dalam industri jenama fesyen lokal seperti SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity.

Bagi label edisi terhad ini, pembeli dapat jugak mengimbas kod qr bagi memenangi hadiah-hadiah yang menarik yang bakal diumumkan dari jenama-jenama tersebut.

Hausboom Music adalah festival yang diraikan dalam piawaian yang tersendiri.

Untuk makluman, jualan tiket untuk Hausboom Music Festival 2024 boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki kedua-dua Hausboom Music Festival 2024 & Hausboom Lokal Fest 2024.

Untuk hadir Hausboom Music Festival 2024 semua peserta dan pengunjung mesti berumur 16 tahun atau lebih pada hari acara. Tiada pengecualian akan diberikan.

Walau bagaimanapun, Hausboom Lokal Fest terbuka kepada pengunjung dari semua peringkat umur, memastikan bahawa semua orang dapat menikmati perayaan budaya yang meriah ini.

Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September 2024 dengan kadar harga RM15 dan boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hlf2024 kemudian dan hanya akan layak untuk memasuki Hausboom Lokal Fest 2024.

Previous articleBahasa bukan penghalang kepada Kim Sung-kyu untuk hibur peminat
Next articleSuraya Harun terkenal kerana “Ayer Mata Duyong”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here