Selain berlakon, Hannah Delisha juga seorang penyanyi dan model profesional.

Oleh: Wawa Najwa

DALAM bidang seni ini, Hannah Delisha bukan sahaja menumpukan perhatian pada lakonan, malah dia juga seorang penyanyi dan model profesional.

Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, sememangnya Hannah perlu menjalani gaya hidup sihat keseluruhannya sambil mengekalkan unsur-unsur mencantikkan, menyerlah dan menyerikan tekstur kulitnya kerana itu adalah asetnya.

Bagi memastikan penampilannya sentiasa terjaga, pelakon berasal dari Singapura yang nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata, dia mengamalkan pengambilan Beau3 Milk by Conboo.

Hannah Delisha mengamalkan gaya hidup sihat demi kerjaya.

Kata isteri kepada pelakon Imam Shah itu, produk tersebut membantunya ke arah gaya hidup sihat kerana ia dihasilkan dengan ramuan premium semula jadi.

Antara ramuan yang digunakan adalah madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia. Malah produk kecantikan Conboo ini sesuai digunakan oleh semua golongan.

Lebih selesa mencuba dulu baru setuju menjadi duta sesuatu produk.

Selain daripada mengamalkan pengambilan Conboo, Hannah juga mendapat kepercayaan pengeluar produk berkenaan untuk menjadi duta mereka.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.

Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum bersetuju untuk menjadi duta produk Conboo adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

Kini Hannah Delisha adalah duta untuk produk Conboo.

“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan. Saya berasa bersyukur dan gembira jika pembabitan saya boleh membantu jenama dengan cara positif.

“Apapun, saya percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya menjawab soalan tatkala ditanya tentang dirinya yang dikatakan wajah pelaris.

Previous article“Inilah Kita”, lagu patriotik sempena Hari Kebangsaan
Next articleWatak Rahimah Alias ‘isteri’ Haji Bakhil yang sentiasa diingati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here