Image by freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang tidak mengira usia. Punca utama kemunculan resdung ialah akibat jangkitan virus, bakteria, alahan atau disebabkan pemakanan.

Ramai yang tidak sedar mereka mengalami resdung disebabkan tandanya hanya berupa masalah kecil. Inilah antara beberapa tanda yang anda perlu diketahui sekiranya anda mempunyai resdung.

Hidung rasa gatal, selsema, bersin setiap pagi, keluar lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung. Terasa berat di sekitar muka terutamanya rasa sakit di sekitar dahi, mata, dagu apabila ditekan.

Tanda lain seseorang itu demam dengan suhu 38 ° celsius atau lebih, sakit gigi dan sakit kepala. Tak mampu untuk mencium sesuatu, sukar untuk bernafas melalui hidung kerana tersumbat. Selain itu mengalami masalah nafas berbau., mata sering berasa gatal dan tidur berdengkur.

Jangan abaikan masalah resdung kerana ia akan menimbulkan komplikasi resdung akut seperti asma berulang, resdung kronik atau jangka panjang. Jangkitan ini juga akan merebak ke dinding otak hingga menyebabkan meningitis, merosakkan organ penglihatan serta berlakunya jangkitan pada telinga.

Resdung jika tidak dirawat akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau dewasa. Antaranya boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Bagi orang dewasa pula, resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus hadapan. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria. Risikonya, bakteria ini boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.

Bila resdung yang dialami sudah parah, anda disarankan agar segera berjumpa doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT). Waktu yang diperlukan untuk resdung pulih sepenuhnya antara dua hingga tiga minggu.

Penyakit resdung boleh membuat anda rasa tidak selesa. Namun, itu tidak bermakna tidak ada cara hilangkan resdung atau merawat masalah resdung yang anda alami. Sekiranya resdung belum terlalu parah, anda boleh mencuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menanganinya.

  1. Daun lidah buaya bukan saja untuk menjaga kecantikan kulit, malah ia juga boleh mengubati resdung kerana ia mengandungi sifat antiseptik. Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung dan biarkan seketika. Untuk lebih berkesan, minumlah air rebusan lidah buaya secara teratur. Insya-Allah resdung anda akan hilang selama-lamanya.
  2. Cucuk lima ulas bawang putih dan bakar atas api sehingga keluar minyaknya tapi jangan biarkan bawang putih tersebut hangus. Kemudian tumbuk bawang putih dan masukkan kedalam mangkuk. Sedut aroma bawang putih dengan menarik nafas sedalam-dalamnya sehingga hidung berasa pedih. Bawang putih ada vitamin C yang dapat melawan radang sinus, membunuh kuman resdung, mecairkan kahak dan menghilangkan masalah selsema serta kesukaran bernafas.
  3. Potong halus satu inci halia, lima ulas bawang putih, dua inci kunyit hidup dan tujuh biji cengkih. Masukkan kesemuanya kedalam periuk bersama 1 ½ cawan air dan rebus hingga 10 ke 15 minit. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, perahan limau dan madu. Bila minum air rebusan ini anda rasa senang untuk bernafas, dada terasa lapang dan lama-kelamaan dapat membantu menghilangkan masalah resdung yang dihidapi.
  4. Masak satu gayung air bersama setengah cawan garam. Kemudian sedut wap hangat tersebut dengan menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Buat selama 15 minit dan lakukan tiga kali sehari hingga resdung reda.
  5. Petua menghilangkan resdung semulajadi dengan cuka epal dan madu. Ambil secawan air panas atau air teh dan masukkan tiga sudu makan cuka epal. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari. Jika diamalkan selalu, Insya-Allah masalah resdung akan berkurangan.
  6. Untuk segera elok daripada resdung, amalkan banyak minum air kosong. Cecair ini membantu mengeluarkan lendir yang terdapat didalam hidung. Selain itu, elakkan juga minuman beralkohol, berkafein dan manis kerana semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
  7. Sediakan lapan biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus. Perah limau dan buang bijinya. Ramas-ramas daun pandan didalam air limau sehingga air berubah menjadi kehijauan dan tapis. Mula-mula , bersihkan muka dan selepas itu cuci muka dengan air perahan limau dan daun pandan tadi. Elakkan terkena mata atau bibir. Biarkan hingga kering dan ulangi lagi setiap tiga jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas berpuas hati, bilas wajah dengan air biasa.
  8. Panaskan air dan selepas itu celupkan tuala ke dalam air panas tersebut. Perah tuala tersebut dan kemudian tekap tuala tersebut ke seluruh muka. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.
  9. Bakar sebatang kulit kayu manis dan sedut asap yang keluar dari kayu tersebut melalui hidung. Cara ini sangat baik kerana kayu manis bertindak sebagai antiseptik yang mampu membunuh kuman.
    Ia juga boleh mengeringkan lendir dan bengkak resdung di dalam rongga sinus. Cara ini agak pedih tetapi ia sangat berkesan dengan cepat. Hidung akan berasa lega dan pernafasan akan lebih selesa dan mudah.
  10. Selain petua tradisional, anda juga boleh mendapatkan suntikan immunoterapi bagi menghilangkan masalah resdung. Mula-mula doktor akan memberikan beberapa suntikan yang mengandungi alergen dalam bilangan yang kecil. Setiap kali anda mengambil suntikan, jumlah alergen akan ditingkatkan hinggalah sistem imun badan anda mampu bertahan terhadap alergen tersebut.
Previous articleP.Radhi tampil dengan “Gadis Chantek”
Next article“Sesal Tak Bermakna” daripada Jaclyn Victor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here