UK's tidak sabar untuk menghibur peminat mereka pada 26 Oktober ini.

Oleh: Wawa Najwa

PEMINAT setia kumpulan UK’s diberi penghormatan membuat pilihan lagu-lagu kegemaran mereka untuk dinyanyikan oleh vokalis kumpulan tersebut pada malam UK’s: Up Close and Personal di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada 26 Oktober nanti.

Menurut Amir selaku vokalis utama, judul lagu seleksi peminat adalah antara lebih 15 judul yang disenaraikan seperti “Kekasih di Menara”, “Siapa Rampas Cintamu”, “Di Luar Kemampuanku”, “Tergamak Kau” dan “Di Sana Menanti Di Sini Menunggu”, selain beberapa lagu yang jarang dinyanyikan, namun tetap menjadi siulan.

Persembahan betkonsep showcase itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat.

Jelas vokalisnya, Amir, persembahan berkonsep showcase dan makan malam, eksklusif untuk 284 tempat duduk itu juga adalah tanda terima kasih kepada peminat yang menjadi tulang belakang kekuatan UK’s selama ini.

“Kesetiaan peminat selama lebih tiga dekad ini buat kami terharu. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersembahkan UK’s: Up Close and Personal, buat julung kalinya.

Bakal mendendangkan lagu baharu “Tak Sangka” pada persembahan itu nanti.

“Ia akan menjadi sebuah malam intimasi dengan beberapa kejutan manis yang dirancang, termasuk menjadikan hadirin malam itu orang pertama yang diperdengarkan dengan single baru UK’s berjudul “Tak Sangka”, hasil ciptaan Saari Amri.

“Selain nyanyian, sepanjang persembahan hampir dua jam itu ada sesi beramah mesra, juga acara cabutan bertuah yang menyediakan, antaranya pakej penginapan di Villa Molek, Langkawi. Kehadiran Azmani juga diharap akan memeriahkan lagi malam itu,” kongsi Amir tentang kelebihan persembahan mereka nanti.

Selain nyanyian, penonton juga berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah.

Dianjurkan oleh Amir UK’s Entertainment dan Laga Emas, ia mendapat kerjasama Hotel Ideas, Kuala Lumpur bagi lokasi persembahan, manakala Mewah Event Management sebagai rakan strategik.

Pembelian terhad kini dibuka untuk Early Bird pada harga RM250 sebelum bermula penjualan sepenuhnya bagi tiket RM299 (Zon C), RM350 (Zon B) dan RM450 (Zon A). Tiket boleh didapatkan melalui tickets.uks.my

Amir terharu dengan kesetiaan peminat yang terus menyokong UK’s sejak dulu hingga kini.

Bagi premium tiket berharga Rm8000 untuk lapan orang, penawaran termasuk
penginapan percuma satu malam beserta sarapan di hotel Ideas serta sehelai Tshirt Exclusive UK’S

Previous articleAntara Selawat dan zikir, mana yang lebih utama? (Bahagian 2)
Next articleAchey lamar Tantari untuk duet dalam ‘Biar’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here