Image by KamranAydinov on Freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: Kematian”. – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5687)

Habbatus Sauda yang juga dikenali sebagai Nigella Sativa, jintan hitam (black cumin) atau black seed adalah adalah salah satu dari makanan sunnah yang amat popular dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Disebabkan khasiat habbatus sauda yang pelbagai, herba terutamanya minyak dan biji habbatus sauda ini sering digunakan selama berabad-abad lamanya di dalam perubatan tradisional untuk mengubat dan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

Biji habbatus sauda telah digunakan secara meluas sejak ribuan tahun dahulu kerana ia mengandungi bahan yang dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh, sebagai penawar diabetes dan kanser. Malah ia juga dikatakan amat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.

Habbatus sauda boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Malah, ia sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit kepala,masalah pencernaan dan banyak lagi.

Namun untuk membeli habbatus sauda yang asli perhatikan kandungan Thymoquinone yang terdapat didalamnya perlu mengandungi lebih 30 mg Thymoquinone atau sekurang-kurang 3% daripadanya. Thymoquinone adalah sejenis komponen dalam habbatus sauda yang tinggi antioksidan, bersifat anti kanser, anti bakteria dan anti radang.

Walaupun terdapat banyak khasiat habbatus sauda terhadap kesihatan tubuh badan manusia, namun herba ini tidak boleh digunakan sebagai ganti ubat-ubatan. Oleh sebab itu, pesakit digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen atau makanan tambahan.

Kesimpulannya terdapat banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari habbatus sauda ini dengan kajian saintifik, perubatan dan pendapat para ulama. Ingin tahu sejauh manakah kebaikan dan khasiat habbatus sauda sebagai penawar segala jenis penyakit?

Mountainhills, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons
  1. Jika habbatus sauda dimasak bersama cuka dan gunakan untuk berkumur-kumur. Kumurlah berkali-kali sehingga sakit gigi hilang. Insya-Allah ia dapat membantu melegakan gigi yang sakit.
  2. Bagi mereka yang menghadapi masalah diserang selsema dan hidung tersumbat, hancurkan habbatus sauda ini menjadi serbuk dan masukkan kedalam kain dan hidulah aromanya. Hidung anda akan merasa lega selepas itu.
  3. Ia juga membantu mereka yang menghadapi masalah pencernaan dengan mengalakkan sistem pencernaan yang sihat.
  4. Habbatus sauda juga dapat membantu mengawal dan menstabilkan tahap kandungan dan paras gula dalam darah. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko diabetes. Cara makan habbatus sauda yang terbaik adalah dengan mencampurkannya dengan air. Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.
  5. Habbatus sauda juga mengandungi antioksidan yang kuat seperti thymoquinone yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Secara tidak langsung ia juga membantu mengurangkan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Bagi mereka yang inginkan kulit sihat, cantik dan glowing, cuba amalkan air rendaman habbatus sauda setiap hari. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, mereka yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat. Disebabkan sifat antibakterianya, ia juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit.
  7. Habbatus sauda mempunyai potensi untuk meningkatkan fungsi otak dan melindungi daripada penyakit neurologikal.
  8. Habbatus sauda juga dapat membantu menurunkan berat badan. Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum setiap hari. Insya-Allah ia dapat mengurangkan selera makan dan sekaligus dapat mengurangkan berat badan.
  9. Habbatus sauda mengandungi vitamin B dan zat besi yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga dipercayai dapat mencegah pembentukan pigmen dan kedutan.
  10. Habbatus sauda juga membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, serta membantu menjaga kesihatan kardiovaskular. Wanita yang menggabungkan suplemen habbatus sauda dengan diet rendah kalori mampu untuk menurunkan tahap kolesterol mereka dengan lebih banyak daripada wanita yang tidak mengambil suplemen tersebut.
Previous articleCara hilangkan bau badan! (Bahagian 2)
Next articleFaizal Hussein diingati kerana lakonan hebat, basikal BMX!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here