Oleh: Syed Wafa
Sesuatu yang luar biasa, Muzik era 1960’an dan 1970’an masih lagi diminati
hingga kini malah lagu-lagu zaman itu sehingga kini malar segar dan sentiasa dirindui. Dengan arus pemodenan dan pelbagai ciptaan muzik rentak baharu, tidak
dinafikan masih ada kelompok peminat yang menggemari muzik irama Pop Yeh Yeh,
bukan hanya pada lagu, tetapi juga pada gaya penyanyinya.
Nama-nama seperti M. Shariff, A. Ramlie, M. Osman, S. Jibeng, Dato’ A. Rahman
Hassan, The Rhythm Boys, The Swallows dan The Siglap Five antaranya, cukup
sinonim bila dikaitkan dengan Pop Yeh Yeh. Irama rancak lagu-lagu Pop Yeh Yeh,
yang dikatakan mendapat pengaruh daripada kumpulan British, The Beatles, kekal
menjadi pilihan di pusat-pusat karaoke dan majlis-majlis perkahwinan.
Buat julung kalinya, Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) akan menganjurkan
Malam Nostalgia “Down Memory Lane” bagi memberi penghargaan kepada barisan
artis-artis Pop Yeh Yeh yang masih aktif berkarya. Pada masa yang sama, majlis ini
bertujuan untuk mengumpul dana tabung kebajikan pertubuhan bagi membantu artis-
artis veteran yang memerlukan.
Malam Nostalgia “Down Memory Lane” ini akan diadakan pada Jumaat, 1 November
2024, jam 7.30 malam di Pullman Miri Waterfront, Miri, Sarawak. Artis-artis yang akan
membuat persembahan adalah Datuk Jefrydin, A. Rahman Onn, J. Sham, S. Mariam,
Junainah M. Amin, Dato’ Siti Fairus, Seri Kilauan Emas dan penyanyi jelmaan
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu P. Radhi. Para tetamu juga akan dihiburkan
dengan lawak jenaka Juara Maharaja Lawak, Abon.
Persembahan 23 buah lagu tanpa henti akan diiringi oleh Sandpepper Band dan
penari-penari dari Gah Rentak. Pemilihan lagu-lagu dibuat dengan teliti bagi
memastikan ianya lagu-lagu ‘sing-along’ serta memberi kepuasan kepada tetamu
yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat, baik dari Miri mahupun Negara
Brunei Darussalam,” kata Puan Sandakiah Azez, Pengerusi YAVM.
“Inilah masanya untuk peminat-peminat muzik era 1960’an dan 1970’an yang berada
di Miri dan Negara Brunei Darussalam, untuk datang beramai-ramai menyaksikan
artis-artis secara live.”
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada YBhg. Datin Patinggi Datuk
Amar Hajjah Jamilah Haji Anu, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri N.3 Tanjung
Datu, yang juga merupakan balu mantan Premier Sarawak, Allahyarham Pehin Seri
Haji Adenan Haji Satem.
Pihak YAVM membuka peluang penajaan kepada mana-mana korporat atau individu.
Harga berserta makan malam bermula dari RM200.00 seorang. Untuk tempahan
tempat duduk atau ruang iklan buku program, sila imbas QR Code di bawah, layari
Facebook “Yayasan Artis Veteran Malaysia”, Tiktok “yavm.dihati” atau hubungi Hotline
+6010 456 6776.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.