Arzaman Ariffin, Pengerusi Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana.

Oleh: Syed Wafa

Membanggakan, ‘Program Komuniti Ukay Bijak’ adalah projek rintis Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana untuk membantu golongan remaja yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tahun ini dengan penuh yakin dan bersemangat.

Program ini adalah kerjasama pelbagai pihak di antaranya Masjid Ukay Perdana, Pejabat Ahli Parlimen Ampang YB Pn. Hjh. Rodziah Ismail, Skop Productions Sdn. Bhd., Lembaga Zakat Selangor (LZS), Restoran Paklong Ikan Bakar dan Restoran Nasi Vanggey yang mana kesemuanya komuniti Ukay Perdana yang turut terlibat bersama.

Program ini telah disempurnakan oleh En. Arzaman Ariffin, Pengerusi Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana (Baru). Turut hadir adalah Ahli Lembaga Masjid Ukay Perdana dan barisan AJK Persatuan Penduduk Villa Teratai Penduduk Ukay Perdana.

‘Program Komuniti Ukay Bijak’ ini adalah projek rintis yang menjurus kepada golongan remaja yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2024 dengan penekanan kepada motivasi pelajar dan teknik serta panduan menjawab soalan 4 subjek teras SPM.

Program ini adalah terbuka kepada semua golangan remaja daripada T20 hingga golongan Asnaf untuk tempoh 2 hari program dan dihadkan kepada 50 orang peserta sahaja.

Arzaman Ariffin berkata program ini juga melibatkan aspek insaniah dengan mengalakkan golongan remaja bahawa masjid adalah satu pusat pembangunan insaniah sama ada aspek ‘spiritual’ dan juga akademik. Sikap menggalakkan golongan remaja supaya solat berjemaah di masjid serta mengajar adab serta kelakuan ketika di dalam kawasan masjid juga diutamakan.

Program ini juga melibatkan aspek insaniah dengan mengalakkan golongan remaja bahawa masjid adalah satu pusat pembangunan insaniah sama ada aspek ‘spiritual’ dan juga akademik.

Sikap menggalakkan golongan remaja supaya solat berjemaah di masjid serta mengajar adab serta kelakuan ketika di dalam kawasan masjid juga diutamakan.

Program ini telah disempurnakan oleh En. Arzaman Ariffin, Pengerusi Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana (Baru). Turut hadir adalah Ahli Lembaga Masjid Ukay Perdana dan barisan AJK Persatuan Penduduk Villa Teratai Penduduk Ukay Perdana.

Bergambar kenangan..Dari kiri Ahmad Jais Jamai, arzaman Ariffin, cikgu Amiruddin Razali, Razumi Zakaria dan Shuhainor Abdul Rahman.

Untuk makluman, Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana adalah persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pertubuhan Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang bergerak aktif dengan pelbagai program di Ukay Perdana.

Semoga useha murni ini akan berterusan pada tahun akan datang bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Previous article“Alkisah Jiwa” Amsyar Leee bersama Fadhilah Intan
Next articleBoyz II Men Live di Kuala Lumpur, Mei 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here