'Penunggu’ digubah olehnya dan Saifulazim, manakala lirik ditulis sepenuhnya Syafeek sendiri pada tahun 2020 selepas melalui satu fasa yang sukar dan menyakitkan dalam hidupnya.

Oleh : Nafsiah Jani

Penyanyi baru Syafeek Ikhwan nampaknya tidak mensia-siakan bakatnya selepas memenangi pertandingan Lagu Cinta Kita, musim ketiga. Tanpa berlengah, Syafeek muncul denngan single pertamanya ‘Penunggu’.

‘Penunggu’ digubah olehnya dan Saifulazim, manakala lirik ditulis sepenuhnya Syafeek sendiri pada tahun 2020 selepas melalui satu fasa yang sukar dan menyakitkan dalam hidupnya.

“Lirik ini memang berkenaan diri saya sendiri. Saya ditinggalkan tanpa sebarang warning. Tiba-tiba satu hari dia pergi macam itu sahaja sebab disebabkan kami berhubungan jarak jauh. Alasannya, ada orang lain yang lebih dekat dengan dirinya.

“Dalam keadaan yang masih menyayangi sepenuh hati, saya terus menunggu setiap hari selama hampir dua tahun untuk dia kembali. Kesakitan yang saya rasa dan lalui waktu itu menyebabkan beberapa kali saya diserang panic attacked, ada ketika sukar bernafas sampai kena ke klinik untuk nebulizer. Fasa yang sangat sukar. Sebab itu saya tulis Penunggu…secara ringkas `Penunggu’ itu Syafeek,’’ kata Syafeek.

“Lirik ini memang berkenaan diri saya sendiri. Saya ditinggalkan tanpa sebarang warning. Tiba-tiba satu hari dia pergi macam itu sahaja sebab disebabkan kami berhubungan jarak jauh. Alasannya, ada orang lain yang lebih dekat dengan dirinya.

Tambah Syafeek lagi, dia mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan lagu ini kerana liriknya perlu diubah dari semasa ke semasa kerana ini merupakan kali pertama dia menghasilkan lagu.

“Saya tak pandai main alat muzik tapi saya suka memerhati, belajar sendiri daripada Youtube dan video yang saya tonton. Bila tak pandai main alat muzik, agak susah nak zahirkan bunyi yang ada dalam kepala.

“Tapi syukur saya ada kenalan yang dah lama buat susunan muzik untuk saya. Jadi dia dah faham apa saya suka dan tak suka. Kami duduk sama-sama di studio dan saya hum, dia mainkan di keyboard. Saya memang nak terlibat daripada awal sampai akhir untuk lagu ini termasuklah susunan muzik. Lirik pun saya ubah lebih daripada lima kali sebab kadang-kadang idea lain pula yang muncul. Tapi syukur sangat akhirnya lagu Penunggu ini siap juga.”

Kini Syafeek bergerak sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Sememangnya ini sangat mencabar buat dirinya untuk melakukan promosi lagu ‘Penunggu’ secara solo. Namun begitu, dia masih bersyukur kerana ada beberapa rakan yang sudi membantunya dalam menjayakan promosi lagu ini.

Lagu ‘Penunggu’ boleh didengari di Youtube Channel Hotsound Record sejak Julai lalu dan semua platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify.

“Sebelum ini semuanya diuruskan oleh syarikat rakaman. Tapi buat masa ini, saya lebih selesa buat sendiri. Tapi Alhamdulillah, pengedar Penunggu, Hotsound Record owned by milik rakan saya juga.

“Saya harap lagu ini disukai oleh pendengar. Saya yakin ramai boleh terima kerana melodi Penunggu ada vibes balada 90-an yang pendengar kita suka. Susunan muziknya pula lebih segar dan dramatic serta liriknya juga sangat rapat dengan pendengar di Malaysia.

“Saya percaya ramai yang pernah atau sedang melalui fasa yang sama. Ditinggalkan tanpa sebab yang kukuh, tapi masih menunggu kerana rasa cinta dan sayang yang sangat utuh. Saya harap segala rasa yang dicurahkan dalam Penunggu akan sampai kepada pendengar.”

Menurut Syafeek, kini dia juga sedang merangka projek seterusnya bersama-sama Hotsound Record.

“InsyaAllah, tak lama lagi saya akan tampil dengan dua buah lagu baru iaitu satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa asing. Lagu-lagu ini hasil ciptaan salah seorang komposer terkenal di negara tersebut. Kami bertemu di sebuah pertandingan nyanyian yang saya sertai di Paris sebelum ini.”

Lagu ‘Penunggu’ boleh didengari di Youtube Channel Hotsound Record sejak Julai lalu dan semua platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify.

 

Previous articleLokasi Hotel Teedo strategik, sesuai untuk ‘staycation’
Next articleBahaya Merkuri dalam produk kosmetik pada kesihatan (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here