Image by jcomp on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Bila sebut bunga telang, mungkin anda teringat nasi kerabu berwarna biru yang menggunakan bunganya bagi mendapatkan warna original. Ada juga yang menggunakannya untuk dibuat minuman dan kuih- muih.

Disebalik untuk pewarna nasi, bunga telang mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan.

Tumbuhan ini begitu mudah hidup dan didapati dinegara ini. Pokok menjalar ini menawarkan kos perubatan yang cukup murah dan berbaloi dengan hasil yang diberikan. Daripada akar hingga bunganya, pelbagai khasiat perubatan dapat dimanfaat darinya kerana bunga telang mempunyai sifat antioksidan, antiradang, antibakteria dan antikulat.

Bunga telang atau nama saintifiknya, Clitoria Ternatea merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Bunga Telang menjadi perhatian dunia perubatan moden disebabkan kebaikannya untuk kesihatan disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kandungan antioksidan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang penting untuk kesihatan kulit.

Mari kita lihat kebaikan dan manfaat air rebusan daun telang terhadap kesihatan manusia:-

1. Untuk pesakit kencing manis yang ingin turunkan kadar bacaan gula, amalkan minum air rebusan bunga telang yang dikatakan dapat stabilkan kadar gula dalam darah. Rendam empat kuntum bunga bersama air suam dan minum pada waktu pagi sewaktu perut kosong dan malam sebelum tidur.

Eric Chan W.C., CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons

2. Kandungan antioksidan dalam air bunga telang juga bagus untuk membuatkan kulit kepala sihat dan rambut tampak berkilat. Senyawa Anthocyanin didalamnya dapat meningkatkan aliran darah dikulit kepala dan memperkuatkan folikel rambut. Malah ekstrak bunga biru ini dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70 persen dan lebih efektif daripada minoxidil, sejenis bahan yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

3. Bagi mereka yang sentiasa tumbuh bisul tidak tentu masa dan tempat, amalkan minum air bunga telang ini. Caranya rendam tujuh kuntum bunga telang bersama 250ml air dan minum setiap pagi selepas sarapan, InsyaAllah bisul mungkin akan berkurangan.

4. Antioksidan dalam bunga telang juga dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas, mengurangkan risiko penyakit kronik. Sebatian bioaktif dalam bunga telang membantu mengurangkan gejala ketidakselesaan semasa kitaran haid, seperti kekejangan dan melegakan gejala menopaus.

5. Ekstrak daun bunga telang juga dikatakan dapat meningkatkan fungsi otak dengan melindungi otak daripada kemerosotan kognitif akibat penyakit kencing manis

6. Bunga telang juga kaya dengan antioksidan dan sebatian fenolik dan flavonoid iaitu sebatian antosianin. Kandungan ini dapat membantu mencegah seseorang daripada terkena penyakit kronik seperti kanser, kardiovaskular dengan meneutralkan radikal bebas.

7. Bunga telang kaya dengan vitamin C, sejenis antioksidan yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Ia membantu melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit. Minum air rebusn bunga telang secara teratur boleh membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih untuk melawan jangkitan dan penyakit.

8. Menurut kajian, pengambilan teh bunga telang juga mungkin dapat membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. Ternatins dapat menghalang proses sintesis lemak dalam badan dan senyawa luar biasa catechin EGCG, Epigallocatechin Gallate membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan meningkatkan metabolisme.

9. Bunga telang juga dipercayai dapat meningkatkan kesuburan wanita dengan membantu menyeimbangkan hormon.

10. Bunga telang juga dapat mencerahkan kulit, tegangkan kulit wajah, wajah lebih berseri serta awet muda. Sifat anti keradangan didalam bunga ini dapat membantu melegakan kulit seperti ekzema dan psoriasis. Rendam lima kuntum bunga telang dalam air suam dan amalkan minum selepas sarapan tiga minggu sekali.

 

Previous articlePenyebab angin dalam tubuh badan wanita! (Bahagian 2)
Next article‘Charity BOX Yayasan PEKEMA’, membantu sambil muhasabah diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here