Oleh : Nafsiah Jani

Kapur makan atau ramai yang memanggil kapur sirih mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada manusia. Selain bagus untuk kuih-muih, ia juga bagus untuk kesihatan manusia. Kapur yang kita gunakan dalam masakan adalah larutan hasil campuran air dan kapur yang kita sebut air kapur sirih.

Kapur mengandungi senyawa yang disebut flavonoid yang memiliki efek anti-inflamasi dan antioksidan. Kapur ini sesuai untuk mengatasi masalah kegatalan kulit. Kapur mempunyai banyak kebaikannya kerana ia dapat digunakan untuk mengatasi berbagai masalah kulit gatal, luka ataupun terkena gigitan serangga.

Manfaat kapur ini diyakini keberkesanannya hasil kajian yang diterbitkan dalam Indian Journal of Dermatology dan Journal Ethnopharmacology menunjukkan bahwa ekstrak kapur memiliki efek anti-inflamasi dan anti-gatal yang cukup berkesan dalam mengatasi masalah kulit gatal.

Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Namun tidak semua kulit yang sesuai menggunakan kapur sebagai ubat dan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, disarankan mencuba sedikit sahaja dan jika berlaku alergi terhadap kulit segera hentikan penggunaan kapur sebagai ubat.

Picture taken by w:User:Walkerma in June 2005., Public domain, via Wikimedia Commons

Kapur juga dapat meredakan gejala masalah kulit gatal seperti alergi dan kemerahan kulit. Jika masalah kulit gatal tidak berkurangan setelah menggunakan kapur, sebaik-baiknya dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengatasi masalah anda. Di bawah ini kami paparkan beberapa manfaat kapur untuk anda cuba dan selamat mencuba:-

  1. Kapur mengandungi antioksidan yang dapat membantu menghilangkan jerawat, memperbaiki jaringan kulit dan menghalang anti penuaan. Untuk hilangkan jerawat, campur kapur bersama bedak sejuk, sedikit garam dan bancuh bersama air. Bila sudah sebati sapukan pada tempat yang berjerawat. InsyaAllah jerawat akan mengecut dan kulit akan mengelupas dan menghasilkan kulit baru.
  2. Untuk mengempiskan perut, campur sirih bersama limau nipis. Kemudian lumurkan diperut dan ikat perut atau bengkung seperti perempuan bersalin. Lakukan setiap malam dan anda akan kagum dengan hasilnya.
  3. Kudis buta dapat diubati dengan campurkan kapur dengan sedikit air masak hingga berbuih. Biarkan suam dan sapukan pada kudis buta tu. Lakukan berhati-hati kerana campuran ini terasa pedih sedikit. Kudis akan kering selepas beberapa hari.
  4. Kapur sirih juga dapat membunuh bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit, kurap dan masalah kulit gatal. Campurkan kapur bersama sedikit air dan sapukan pada bahagian yang gatal, biarkan hingga ia kering dan baru bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari, InsyaAllah masalah jangkitan akan berkurangan.
  5. Mereka yang ada masalah gout boleh amalkan petua ini. Ramas beberapa helai daun ubi kayu dan campurkan bersama kapur secukupnya. Lumurkan dibahagian yang kena gout dan InsyaAllah masalah gout akan berkurangan.
  6. Ketuat atau kutil boleh dihilangkan dengan lumurkan kapur sirih pada bahagian badan yang dijangkiti ketuat atau kutil, kemudian balut. Lakukan dua kali setiap hari sehingga sembuh.
  7. Bagi mereka yang ingin menghilangkan bulu ketiak, lumur ketiak dengan kapur sirih yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Biarkan seketika sehingga 15-20 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu. InsyaAllah bulu ketiak lambat tumbuh.
  8. Kapur juga dapat membantu membuat gigi kuat. Kandungan ion hidroksil pada kapur dapat memperbaiki akar gigi menjadi lebih kuat dan keras. Secara tidak langsung ia juga dapat menghalang bakteria yang menjadi penyebab kepada kerosakan membran dan DNA gigi
  9. Jika lutut anda bengkak, cuba campurkan kapur dengan segenggam asam jawa sama banyak kedua-duanya. Sapu pada lutut yang bengkak dan balut. Biarkan hingga kering. InsyaAllah bengkak itu akan semakin surut.
  10. Kapur juga dapat meningkatkan daya ingatan. Kalsium dan vitamin D didalamnya menjadi nutrisi yang berperanan menjaga fungsi saraf. Menurut Journal of The American Geriatrics Society, vitamin D dan kalsium yang rendah pada tubuh manusia menyebabkan berlakunya penurunan fungsi kognitif. Kalsium karbonat yang ada dalam kapur dapat menjadi sumber bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh badan dan mencegah berlakunya penurunan fungsi kognitif.
Previous articleKilafairy mahu abadi momen indah di pentas untuk arwah ibu!
Next articleJangan Ambil Mudah! Ini 9 Penyakit akibat haid berpanjangan! (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here