Foto: Kebuna.com

Oleh : Nafsiah Jani

Bila sebut pokok kemangi mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah cara pokok ini dapat membantu memberi manfaat dan khasiat kepada kesihatan.

Pokok kemangi yang dalam bahasa latin disebut Ocinumbassilum ferina citratum atau Ocinum cannum biasanya dijadikan ulam dan sebagai penyedap masakan kerana aromanya dapat menambah selera. Manakala air rebusannya pula memiliki khasiat yang baik bagi kesihatan tubuh manusia.

Selain dimakan begitu sahaja, kemangi juga sering digunakan untuk tujuan perubatan dan juga dalam penghasilan ekstrak minyak. Berdasarkan kajian makmal, menunjukkan daun kemangi mengandungi nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. Di mana 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg), Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg), P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain.

Air rebusan daun kemangi mengandungi sejumlah kandungan vitamin yang baik seperti vitamin A, Vitamin C, dan Vitamin K. Daun kemangi juga mengandungi banyak flavonoid polifenol seperti orientin, vicenin, sebatian minyak esensial seperti eugenol, sitronelol, linalool, citral, limonene dan terpineol. Sebatian ini diketahui memiliki sifat antiinflamasi dan anti bakteria.

Daun kemangi rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol, di samping itu ia kaya dengan nutrisi penting, mineral dan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1, vitamin C dan vitamin A yang sangat diperlukan oleh badan kita.

Rupanya terdapat banyak lagi manfaat pokok ini untuk kesihatan antaranya melancarkan pengaliran darah, mencegah masalah kemandulan, mencegah penyakit penyakit pada mulut, lidah, mencegah rambut beruban, kelemumur, mencegah masalah keguguran rambut, mengubati penyakit panau, mencegah gatal akibat serangan serangga dan mencegah penuaan kulit.

小石川人晃, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons

Berikut cara membuat air rebusan daun kemangi yang bermanfaat untuk tubuh. Siapkan satu genggam daun kemangi bersama satu gelas air. Masukkan ke dalam periuk dan didihkan hingga berubah agak kehijauan. Kemudian tuangkan kembali ke dalam gelas dan biarkan seketika. Bila sudah suam, air rebusan daun kemangi ini sedia untuk diminum.

Setelah mengetahui khasiat dan manfaat yang terkandung di dalam daun kemangi ini, jangan lupa amalkan dalam pemakanan seharian anda, agar anda sihat selamanya.

  1. Vitamin yang terdapat dalam daun kemangi antaranya vitamin A dapat menjaga kesihatan mata.
  2. Daun kemangi mengandungi vitamin C dan antioksidan yang tinggi seperti flavonoid dapat membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh dan kekuatan sistem imun tubuh seseorang.
  3. Manakala vitamin C pula bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oksidatif.
  4. Air rebusannya juga dapat menjaga kesihatan tulang kerana ia mengandungi pelbagai mineral penting seperti magnesium, kalsium dan kalium yang diperlukan tubuh badan.
  5. Daun kemangi mengandungi senyawa antiinflamasi dan antimikrob seperti flavonoid dan minyak esensial. Ia juga dapat melindungi dan membantu mengurangi peradangan dan melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan penyakit.
  6. Minyak esensial yang terdapat pada daun kemangi juga memiliki sifat antibakteria dan antikulat sehingga dapat membantu membersihkan dan menjaga kesihatan mulut agar berbau segar sentiasa. Caranya mudah saja, kunyah daun kemangi yang mentah atau minum air rebusan kemangi setelah makan. Selamat mencuba.
  7. Air rebusan daun kemangi yang bersifat aromaterapi juga dikatakan dapat memberikan rasa ketenangan fikiran dan mengurangkan rasa stres bagi menenangkan fikiran dan mengurangi stres pada seseorang.
  8. Air rebusan kemangi juga dikatakan dapat membantu menyihatkan sistem pencernaan. Air rebusan kemangi memiliki senyawa bernama eugenol, antosianin dan beta karoten yang berperanan melawan radikal bebas dalam tubuh dan melindungi terjadinya kerosakan sel dalam tubuh dan menurunkan risiko masalah kesihatan seperti jantung dan saluran pencernaan dari sebarang jangkitan.
  9. Ekstrak daun kemangi juga bagus untuk merawat kulit wajah. Siapkan campuran daun kemangi, ekstrak cendana dan air mawar, kemudian sapukan ke wajah. Biarkan seketika hingga kering dan setelah itu bolehlah kulit wajah dibersihkan. Gabungan ini dapat menghilangkan kotoran dan mencegah pori-pori tersumbat, sehingga kulit wajah menjadi lebih segar dan bersih. Malah sifat antiinflamasi dan antimikrob yang kuat dari daun kemangi juga dapat membantu mencegah munculnya jerawat.
  10. Daun kemangi juga boleh dijadikan rawatan alternatif untuk mencegah demam denggi berdarah. Berdasarkan Journal of Agromedicine and Medical Science, ekstrak daun kemangi efektif digunakan sebagai insektisida. Pada kajian tersebut, daun kemangi dijadikan sebagai ubat nyamuk yang dibakar dan mampu mencegah gigitan nyamuk Aedes aegypti penyebab demam denggi berdarah.

 

Previous articleUdit Narayan utamakan kehendak penonton
Next articleKaka Azraff selesa bergerak solo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here