Tahun ini Melawati Mall pilih jenama Variante untuk berkolaborasi menjayakan kempen 'Syawal Membayu'.

Oleh: Khadijah Ibrahim
Foto: Afhzahafiez Kamaruddin

SETIAP kali tiba musim perayaan, pihak pengurusan pusat membeli-belah akan menghiasi premis mereka dengan pelbagai warna dan corak bagi menampakkan keceriaan kepada pengunjung.

Hiasan yang menarik dengan tema yang tersendiri secara tidak langsung akan membuatkan pengunjung turut mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan selain membeli-belah.

Tema ‘Syawal Membayu’ dipilih bagi mengimbau nostalgia beraya di kampung.

Jika tahun-tahun sebelumnya Melawati Mall menampilkan konsep moden, kali ini dekorasi dan program acara diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.

Tema kempen raya yang dipilih untuk tahun ini adalah “Syawal Membayu” bagi mengimbau kenangan silam dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung yang bermula sejak 21 Februari lalu hingga 6 April ini.

Sepanjang kempen berlangsung pelbagai jenis makanan boleh dibeli dan dinikmati di Melawati Mall.

Seiring dengan tema tersebut, di persekitaran pusat membeli-belah dapat dilihat dekorasi yang menjurus kepada nostalgia kampung bagi menghidupkan lagi kemeriahan sambutan hari raya.

Dekorasi tersebut diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu. Suasana ini diharap dapat membangkitkan kenangan indah balik kampung untuk menyambut Syawal.

Bagi pengunjung yang ingin membeli baju raya awal, jangan risau kerana jenama ternama seperti Variante, Hla, Raea, Lee, Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi sudah ada koleksi terkini untuk anda miliki.

Beg yang diperaga oleh model ini antara hadiah dari Variante jika anda berbelanja di Melawati Mall pada kadar yang ditetapkan.

Dari pakaian moden hingga busana tradisional, para pengunjung boleh mendapatkan pilihan fesyen dan aksesori yang sesuai untuk seisi keluarga.

Selain membawakan koleksi fesyen terkini, Melawati Mall juga menampilkan persembahan hiburan istimewa yang membangkitkan suasana meriah seperti persembahan akordion dan muzik multikultural.

Tidak ketinggalan juga tarian tradisional dan demonstasi silat turut diadakan bagi menghidupkan kembali seni budaya warisan bangsa. Selain itu, aktiviti untuk kanak-kanak juga diadakan seperti bengkel seni kanak-kanak dan aktiviti interaktif untuk si kecil menonjolkan kreativiti mereka.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang kempen ‘Syawal Membayu’ untuk menghibur pengunjung.

Jika sesekali ingin berbuka puasa di luar selepas membeli-belah persiapan raya, pengunjung tidak perlu tergesa-gesa mencari kedai makan untuk berbuka puasa kerana di dalam Melawati Mall ada pelbagai hidangan menarik untuk dinikmati.

Pengunjung hanya pilih sahaja restoran mana yang hendak dituju sama ada US Pizza, Boat Noodles, Tony Roma’s, Manhattan Fish Market, Sopoong, Richeese Factory dan banyak lagi. Semua itu boleh dinikmati dalam suasana yang nyaman dan penuh keceriaan.

Hunny Madu sebagai pengacara pada majlis pelancaran kempen ‘Syawal Membayu’ mengenakan pakaian dari koleksi Variante.

Melawati Mall juga tidak melupai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat sekeliling. Hampir setiap tahun Melawati Mall akan mengundang anak-anak yatim untuk menghadiri acara yang dianjur.

Selain itu bagi memudahkan orang Islam menunaikan kewajipan zakat sebelum menyambut Hari Raya, seperti biasa kaunter Zakat Fitrah akan dibuka dengan kerjasama masjid berdekatan.

Bagi menghargai pengunjung yang berbelanja di Melawati Mall sepanjang kempen berlangsung pelbagai ganjaran Istimewa dan cabutan bertuah menanti orang ramai dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif.

Majlis pelancaran kempen ‘Syawal Membayu’ antara Melawati Mall dan Variante.

Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan raya eksklusif di kaunter informasi.

Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Melawati Mall. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous article“Masing Masing” bawa tuah kepada Ernie Zakri
Next articlePenat lelah Ara Johari berbaloi, MJOL membanggakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here