Oleh: Syed Wafa
Foto : Ehsan Khairul Rizal Dari Chinta Event Entertainment
Legenda yang istimewa seorang ini sentiasa menjadi perhatian peminat muzik rock tanah air. Imej rambut kembang berpakaian glamer hingga diberi jolokan ‘ Tina Turner Malaysia’ bagaikan kini sudah berlalu, yang dipakai kini oleh Sahara Yaacob, 68, hanyalah pakaian simple dengan selendang menutupi rambutnya. Jauh beza dengan gaya rockersnya ketika meniti alam populariti pada era 80 an.
Melangkah masuk ke rumahnya di PPR Seri Alam, Sungai Besi, KL hati digigit sayu melihat dekorasi dalamannya yang serba sederhana apatah lagi bila mengetahui pelantun lagu “Peronda Jaket Biru”, ini hanya tinggal berseorangan, tanpa anak dan suami disisi.

Sahara kini tinggal sendirian selepas alam perkahwinan keenam bersama seorang pesara kerajaan tidak kekal lama. Sahara juga mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, asma, gout, kolestrol dan masalah buah pinggang tahap tiga.
“Entah sampai bila saya akan berada di dunia ini , Di sinilah saya tinggal , disitu ( menunjukkan katil di ruang tamu) saya tidur, alhamdulilah bolehlah makan dan minum dengan bantuan yang diberi, terima kasih kepada mereka yang banyak berbudi dengan saya,” katanya ketika ditemui di PPR Seri Alam.

Turut kelihatan, Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi (kanan) dan Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah (kiri), beliau amat hargai jasa baik DPDDM terhadap beliau.
Sahara berkata sedemikian selepas menerima sumbangan wang dan bakul makanan yang disampaikan oleh Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia ( DPDDM) diketuai Presidennya Datuk Nor Hasnal Hasmi.
Turut serta, Timbalan Presiden DPDDM Datuk Sazelan Arbi Bashah , penyanyi dan usahawan terkenal Datin Elveena Iris dan pihak media Ladyboyz serta Wafa TV.

Perbualan bertukar sayu setelah Sahara menyatakan penglibatannya di dalam seni bukan mengejar kemewahan tetapi demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Bukan untuk mencari kekayaan, mengejar nama, kemegahan semua, saya begitu mencintai dunia seni, bakat ini daripada Tuhan yang memberi, saya buat sehabis daya walaupun kadangkala ada yang berburuk sangka terhadap saya.

“Lakonan.sebagai anak seni janganlah diambil serius, saya juga seperti orang lain, mencari kebenaran (dalam kehidupan), saya juga nak tahu siapa saya , siapa Allah yang kita sembah yang telah memberikan kita segala-galanya,”rintih Sahara.
Ramadan yang kini menjelma, pastinya disambut oleh Muslimin Muslimat dengan perasaan syukur kerana masih berpeluang menunaikan rukun islam yang ketiga, ,Bagaimana Sahara meneruskan kehidupan di bulan ini?..Ini jawapan Sahara.

“Saya sebatang kara, saya Cuma berkasih sayang dengan semua yang menyantuni diri ini kerana Allah. Tiada niat lain. Kehidupan saya ‘simple’ sahaja di bulan ini,”cerita Sahara.
Sementara itu, Presiden DPDDM Datuk Nor Hasnal Hasmi berkata, mereka akan cuba membantu artis-artis veteran dengan ‘networking’ yang ada dan menggalakkan mereka untuk berniaga untuk meneruskan kehidupan.
“Umum mengetahui golongan artis tiada duit EPF dan pencen. DPDDM akan cuba memberikan latihan dan khidmat nasihat serta pendedahan kepada mereka teknik perniagaan yang betul. Saya memohon golongan artis veteran bersama DPDDM pada masa akan datang,”katanya bersungguh-sungguh.

Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohamad Yaacob muncul dalam industri seni sekitar tahun 1980 an dan pernah muncul dengan tiga album iaitu Sahara ( 1986), Jawapan ( 1988) dan Sinaran Cinta (1994).
Lagu Peronda Jaket Biru meledakkan namanya di dalam arena seni suara dan banyak meraih kejayaan dalam industry seni suara dari tahun 1980 an hingga 1990an.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.