Shya pakar estetik dalam bidang rawatan kecantikan wajah.

Oleh : Nafsiah Jani

Beberapa minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya dan pasti semua wanita diluar sana ingin kelihatan cantik dihari yang mulia ini. Jadi jangan berlengah lagi kerana White Infinity Medispa di Bandar Sri Permaisuri, Cheras menawarkan rawatan estetik menggunakan teknologi terkini Korea dan teknik rawatan yang terbukti berkesan

“Pakai krim beribu ringgit pun tanpa rawatan wajah di pusat kecantikan pun tak akan berkesan. Itu sebabnya kena ke spa kerana cuaca di negara kita sangat panas dan kita juga terdedah dengan habuk. Ini membuatkan pori-pori di kulit muka tersumbat dan mekap macam mana tebal pun akan nampak kulit yang tidak sihat.

“Itulah sebabnya wanita-wanita disarankan buat rawatan muka bagi memulihkan kulit wajah agar lebih glowing dan sihat. Nak cantik kena ambik masa. Kalau seseorang itu konsisten pakai produk yang betul dan buat rawatan ikut masa, Insya-Allah mereka akan dapat keputusan yang bagus…dimana bila nak keluar rumah dah tak perlu gunakan mekap.

“Semua orang ada kolagen mereka sendiri dan bila usia semakin meningkat …kolagen semakin tidak stabil. Itu sebabnya rawatan facial sebulan sekali dapat membuang sel-sel kulit mati, kulit kembali sihat dan kolagen di wajah juga aktif kembali,” kata pengasas White Infinity Medispa, Mazita Mahmood atau mesra dengan panggilan Shya.

Shya melayani sendiri pelanggan-pelanggannya.

Meskipun mempunyai banyak pengalaman dalam bidang kecantikan, Shya lulusan NCS Academy di Kuala Lumpur tetap mengikuti kelas medical estetik Facial Advanced Class di Seoul, Korea selama hampir setahun. Shya berusaha untuk terus belajar dan mengikuti perkembangan terkini supaya pusat kecantikannya dapat memberikan rawatan yang terbaik untuk kesemua pelanggannya.

Antara rawatan yang ditawarkan termasuk rawatan estetik untuk wajah, badan dan rambut, menggunakan teknologi terkini dan teknik rawatan yang terbukti berkesan. Rawatan muka termasuklah facial, mikrodermabrasi dan rawatan laser. Rawatan badan pula bagi pembentukan badan, pengurangan selulit, rawatan pelangsingan dan lain-lain. Manakala rawatan rambut pula bagi mengatasi masalah rambut gugur, rawatan kulit kepala dan lain-lain.

Rawatan laser pula membantu menyingkirkan bulu, rawatan pigmentasi dan lain-lain. Begitu juga dengan suntikan estetik iaitu suntikan botoks, pengisi dermal dan lain-lain lagi.

Oleh itu Shya sanggup berbelanja ratusan ribu untuk membeli beberapa peralatan dan mesin canggih terkini yang berharga daripada 30 ribu sehingga 80 ribu untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Antara mesin tekini miliknya termasuk CO2 Laser, mesin laser, pico laser dan diode.

Shya menambah,siapa yang tahu tentang rawatan estetik pasti mereka tahu mengenai proses dan kesannya kepada wajah seseorang.

“Saya pilih teknologi Korea kerana produk keluarannya cukup diyakini termasuk teknologi kecantikannya yang sentiasa berkembang. Mesin-mesin di sana sangat advance kerana Korea selalu upgrade teknologi dan mesin mereka.Itu sebabnya saya sering kesana untuk mempelajari teknologi mereka yang boleh digunakan dalam rawatan kecantikan di spa.

“Kini terdapat rawatan wajah menggunakan teknologi tinggi yang bukan saja memberi hasil positif malah tidak menyakitkan wajah ketika prosedur berbanding dengan facial biasa yang hanya memberi kesan sementara. Rawatan ini menawarkan pendekatan yang lebih mendalam dan berkesan dengan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi daripada Korea.

“Teknologi terkini yang kami gunakan termasuk Picocell, Hydronano, dan Oksigen yang dapat merawat masalah kulit seperti keradangan, jeragat, jerawat, kulit kusam dan penuaan menggunakan mesin yang sesuai dan dos yang tepat.”

Tambah Shya lagi, Medispa juga turut menawarkan skin lifting dengan menggunakan bahan seperti Hyaluronic Acid yang terbukti selamat dan efektif untuk membuat kulit lebih tegang.

Shya tidak takut dengan cabaran.

“Rawatan yang kami buat selalunya mengikut keperluan kulit pelanggan dan saya juga sentiasa memastikan bahawa mereka mendapat pengalaman yang terbaik dengan hasil yang memuaskan bila bersama kami. Itu sebabnya kebanyakan pelanggan saya telah bersama saya sejak dulu lagi hingga sekarang ini.

“Sebagai seorang yang mempunyai minat mendalam dalam kecantikan, saya sedar betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan untuk menceburi bidang ini. Saya selalu mengingatkan pelanggan bahawa penting untuk menjaga kulit sejak usia muda agar kita tidak perlu lagi bergantung pada solekan untuk tampil cantik.

“Dengan penjagaan kulit yang betul, kita boleh memiliki glass skin yang bersinar dan berseri, yang dapat membuatkan kita lebih yakin dengan penampilan kita,” katanya.

“Pelanggan saya bukan saja dari Kuala Lumpur, malah ada yang sanggup datang dari jauh seperti Kelantan, Kedah dan Pahang untuk mendapatkan rawatan wajah. Ini membuktikan bahawa mereka menghargai sentuhan peribadi saya dan percaya pada hasil rawatan yang saya tawarkan.

“Sebagai pengasas, saya juga yang melakukan sendiri rawatan tersebut. Kepuasannya tak boleh nak digambarkan apabila melihat perubahan positif pada kulit setiap pelanggan. Saya percaya bahawa kecantikan juga adalah suatu ibadah. Saya selalu berusaha untuk memberi rawatan yang terbaik menggunakan produk yang selamat dan berkesan tanpa menjejaskan kualiti kulit pelanggan,” jelas Shya lagi.

Menurut Shya, White Infinity miliknya juga menawarkan harga mampu milik tanpa sebarang pakej yang membebankan.

“Perjalanan saya dalam bidang estetik bukan hanya tentang mengejar keuntungan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan pendidikan mengenai pentingnya penjagaan kulit yang betul tanpa membebankan pelanggan.

“Kepercayaan yang diberikan pelanggan adalah lebih penting, itu sebabnya, saya mahu pelanggan mendapat rawatan wajah yang sesuai dengan keperluan mereka tanpa terikat kepada pakej-pakej yang tidak memberi hasil yang diinginkan.”

 

Previous articleSelamat Hari Wanita 2025
Next articleAdab ulama memberi orang berpuasa makan dan apa ganjarannya untuk Ibu yang memasak untuk keluarganya? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here