PEMILIK Restoran Primadona…Habsah Hassan dan Hassan Saad.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Syed Wafa/ Ehsan Syed Ridzwan

Terlalu banyak kenangan indah dan manis terutama pengunjung setia Restoran Puteri Pencala yang terkenal dengan masakan ala Melayu yang sungguh enak dan menyelerakan.

Pastinya sepanjang Ramadan pengunjung bersama keluarga atau kenalan rapat akan datang berbuka di restoran milik penulis lirik terkenal Datuk Habsah Hassan. Dengarnya kini, Restoran Puteri Pencala yang penuh nostalgia dan terkenal ini akan bertukar nama.

Ladybosz berkesempatan bertemu pemilik restoran tersebut iaitu Habsah Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah.

“Sebenaranya sudah tiba masa Kak Chah buat perubahan kerana terlalu banyak sebab untuk Kak Chah buat keputusan yang tepat dan penting ini.

“Kak Chah dah tidak terdaya untuk menguruskan restoran ini mungkin faktor usia dan anak-anak tidak berminat dan mereka ada kerja dan tangungjawab masing-masing,” Kata Kak Chah.

Menurut Kak Chah lagi, nama Restoran Puteri Pencala telah digunakan lebih 18 tahun dan rakankongsi yang terdahulupun iaitu sahabat belaiu telah menarik diri. Bagi Kak Chah sesuatu perlu dilakukan bukan kerana tidak suka sebaliknya mewujudkan imej dan jenama baru demi kelangsungan bisnes ‘food and beverage’ (F&B) yang hampir dua dekad diceburinya.

Begitulah dengan nama Restoran Primadona yang kini tetap gah berdiri di Pencala sebagai menggantikan Restoran Puteri Pencala yang kini hanya tinggal kenangan.

“Puteri dulu milik saya dengan sahabat saya, Seniwati Rubiah Suparman. Setiap yang datang ke sini saya anggap mereka adalah tetamu VIP kami. Memang lama kami bersama tetapi apabila beliau mohon berundur diri saya terima dengan hati terbuka. Setelah beliau tinggalkan Puteri, saya teruskan walaupun saya pernah putus asa.

“Saya tidak pernah mengaku kalah atau patah hati dengan Puteri kerana ia bagaikan ditelan pahit dibuang sayang. Tetapi saya tak ada kudrat dan kemampuan untuk ‘meneruskannya sendirian’ disebabkan faktor usia dan ini sebenarnya bukan bidang saya.

“Saya ceburi bidang ‘food and beverage’ semata-mata kerana sahabat karib saya. Tetapi apabila dia melangkah pergi saya masih ‘tertinggal di sini’ dan sememangnya tanah ini disewa tetapi bangunan ini suami saya, Mohamed Jusoh buat sendiri pada tahun 2006. Bukan sedikit modalnya, RM400,000 dengan persiapan dapur untuk katering berkonsep hotel…terlalu banyak dan ia adalah ‘sentimental value’ buat saya. Disebabkan itu saya rasa serba salah kerana bukan senang nak bagi orang begitu sahaja,” kata Kak Chah sayu.

Restoran Primadona meneruskan legasi bufet Ramadan yang masih mendapat sambutan dari pengunjung. Restoran berkenaan menghidangkan 101 menu dengan harga seorsng RM62.00 (dewasa), Grup RM50.00 dan kanak-kanak RM35.00.

Bercerita mengenai rakan kongsi baru Kak Chah bersama Restoran Primadona, beliau ditemukan semula dengan sahabat lama yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa yang juga bekas wartawan dan ahli perniagaan berjaya, Datuk Hassan Saad.

“Semuanya bermula apabila beliau bersama rakannya makan tengahari di Restoran Puteri Pencala. Pada pertemuan itu kami berkongsi cerita dan pengalaman serta cabaran berniaga.

“Melalui pertemuan dan perbualan itu, saya merasakan ada keserasian antara kami. Kami tidak kira untung sebaliknya restoran ini dengan imej baharu dan matlamat yang sama. Pengalaman Hassan dalam bidang perniagaan amat luas,” kata Kak Chah.

“Saya beri sepenuh kepercayaan dan amanah serta yakin pada kebijaksanaan Hassan yang banyak pengalaman dalam bidang perniagaan. Kalau saya nak kontrol tiada makna ada rakan kongsi. Lagipun beliau berpendapat terlalu banyak nama ‘Puteri’ yang digunakan di Pencala.”kata Kak Chah lagi.

Menurut Hassan Saad, beliau amat bersyukur dengan perancangan yang teratur, kejayaan itu datang awal kerana kami banyak menerima tempahan orang perseorangan dan syarikat korporat untuk majlis rumah terbuka, ‘outside catering’ dan ada tempahan untuk lebih 50 orang tetamu dengan bayaran yang amat berpatutan pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Disamping itu, Hassan Saad memberitahu beliau mempunyai perancangan untuk penjenamaan semula daripada Puteri kepada Primadona antaranya membentuk imej agar ia nampak korporat dengan ‘upgrade’ apa yang perlu.

Bagaimapun, katanya, Primadona akan kekalkan tukang masak yang telah 30 tahun bersama Kak Chah disamping mengaktifkan Media Sosial Restoran Primadona kerana hari ini semua maklumat di hujung jari turut membantu perniagaan.

“Bagi Primadona, pelanggan lama kita akan pegang dan kekalkan. Pelanggan baru pula kami akan pastikan mereka terus melekat dengan Primadona kerana masakan dan lauk pauk yang dihidangkan.

“Bukan itu sahaja, malah saya akan beri perhatian apa juga feedback yang Kak Chah dapat daripada pelanggan kerana mereka datang disebabkan Kak Chah dan masakannya,” ujar Hassan Saad.

Antara hidangan yang menyelerakan sempena bufet Ramadan di Restoran Primadona.

Disamping itu, beliau memberitahu beberapa acara telah diatur untuk memperkenalkan dan mengukuhkan ‘jenama’ Primadona antaranya menganjurkan pertandingan pakaian traditional pada acara “Puteri mencari Primadona.”

“Pertandingan ini diadakan adalah untuk tenggelamkan nama Puteri dan hanya Primadona sahaja yang akan meniti dari bibir ke bibir dan sentiasa melekat di minda masyarakat apabila mahu mengadakan pelbagai majlis antaranya majlis perkahwinan, majlis sambutan hari lahir dan majlis minum petang untuk sesuatu acara paling istimewa dan menarik.

“Paling istimewa dengan imej baru Primadona dari segi susun atur meja dan kerusi meja yang baharu dan menarik setiap Sabtu dan Ahad bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang para pelanggan yang datang untuk sarapan pagi juga akan dapat menikmati makan tengahari dengan satu harga yang menarik dan mesra pelanggan.”

BERDIRI dari kiri: Pengarah Operasi, Darisah Nasri, Habsah Hassan dan Hassan Saad.

Bukan itu sahaja demi menyemarakkan penjenamaan semula restoran berkenaan setiap Sabtu akan diadakan hi-tea dan pertunjukan fesyen dengan pereka fesyen yang berlainan setiap minggu.

Disamping itu, bagi mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan sangat dialu-alukan kerana Restoran Primadona boleh menerima tetamu masuk dan keluar seramai 500 orang. Untuk tempahan boleh hubungi di talian: 017-6979398.

Previous article“Ragam Raya” Achey bersama Tantari, Baby Feaaa
Next articleFahmi Fadzil Berjiwa Rakyat Beramah Mesra Bersama Pengunjung Starvendors 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here