Kumpulan Kotak dan Ello akan temui peminat mereka di Penampang, Sabah, 14 Jun ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA melihat konten di platform TikTok, ramai netizen dari Indonesia yang cuba meraih perhatian dengan memuat naik cerita provokasi tentang hubungan negara tersebut dengan Malaysia.

Mungkin segelintir saja yang berfikiran dangkal namun bagi yang cintakan keamanan, cerita-cerita sebegitu dianggap serpihan kerana baru-baru ini sahaja Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah ini adalah lawatan ketiga Probowo ke ini sejak memegang jawatan tersebut pada Oktober 2024.

Bukan setakat pemimpin saja yang bertandang ke Malaysia, malah dua nama besar dari negara tersebut iaitu kumpulan muzik terkenal, Kotak dan penyanyi berbakat, Marcello Tahitoe (Ello) bakal menjalin kerjasama erat dengan peminat-peminat mereka di sini.

Peminat Kotak pasti teruja dapat dengar lagu “Masih Cinta” secara langsung daripada mereka waktu konsert kelak

Atas usaha NS Show Connects Sdn Berhad, selaku penganjur utama, kumpulan Kotak dan Ello bakal hadir ke Sabah untuk menghiburkan peminat mereka sempena Konsert 2 Dekade di ITCC, Penampang, pada 14 Jun ini.

Wakil NS Show Connects Sdn Berhad, Alfian Basir berkata, pelaksanaan konsert ini sempena memperingati ulang tahun ke-20 penglibatan Kotak dan Ello dalam industri muzik.

“Konsert ini adalah konsert khas yang menampilkan dua artis terkemuka dari Indonesia serta untuk menyambut ulang tahun ke-20 penglibatan Kotak dan Ello dalam industri muzik.

“Malaysia, khususnya Sabah telah dipilih sebagai satu-satunya destinasi konsert di luar Indonesia untuk acara istimewa ini dan Kota Kinabalu diberi penghormatan untuk menganjurkan konsert tersebut,” katanya dalam kenyataan media.

Ello atau Marcello Tahitoe juga adalah penyanyi untuk kumpulan Dewa 19.

Menurut ahli kumpulan Kotak, Tantri, pihak mereka menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkan mereka dengan penyanyi sangat berbakat, Ello.

“Tidak sabar untuk bertemu mata dengan para peminat di dan kami menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkan kami dan Ello dalam satu pentas,” katanya.

Mengulas tentang latar belakang, kumpulan Kotak yang terdiri daripada tiga pemuzik berbakat iaitu Tantri, Chua dan Cella, terus mengekalkan kedudukan mereka dalam industri muzik selama lebih 20 tahun.

Sepanjang tempoh itu, Kotak telah menghasilkan banyak album yang mendapat sambutan hangat dan berjaya merangkul pelbagai anugerah muzik, bukan sahaja di Indonesia, malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kotak dianggotai oleh Tantri, Cella dan Chua bakal menghibur penonton di Sabah dengan aura tersendiri.

Begitu juga dengan Ello, juga tidak kurang hebatnya yang beliau telah menghasilkan beberapa album dalam tempoh 20 tahun yang lepas dan menerima pelbagai penghargaan Anugerah Muzik Indonesia sepanjang perjalanan kariernya.

Kini, Ello turut dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama bagi kumpulan rock legenda Indonesia, Dewa 19, sekali gus membuktikan keampuhan bakat dan popularitinya dalam dunia muzik tanah air.

Tiket telah dijual dengan pelbagai kategori, antaranya VIP A: RM289 – Masih Ada (Tempat Duduk Bernombor), VIP B: RM289 – Semangat Baru (Tempat Duduk Bernombor), ROCK ZONE: RM189 – Beraksi (Berdiri), GENERAL STANDING: RM139 – Masih Cinta (Berdiri) dan VIP Meet & Greet (tambahan dengan pembelian tiket): RM99

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh membeli tiket sejak 11 April lalu di laman web Ticket2U (www.ticket2u.com.my).

Previous articleInsomniacks kongsi kisah suka duka dalam EP Inggeris
Next articleTan Sri Jojo Cucu Pahlawan Hebat Tengku Busu Syed Ali!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here