KC Li melahirkan rasa bangga kerana kejayaan iQIYI pada tahun lalu menerusi drama tempatan yang mencapai lebih 200 juta tontonan.

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEKARANG ini nak menonton drama kesukaan tidak perlu duduk mengadap televisyen, di mana-mana saja boleh tonton. Itupun kalau anda ada aplikasi streaming video.

Salah satu streaming video yang menyajikan pelbagai konten hiburan termasuk drama, fielm, variety show, dan anime dari Asia adalah iQIYI. Anda dapat menonton konten tersebut secara online melalui aplikasi iQIYI yang tersedia di Google Play Store (Android) dan App Store (iOS). Aplikasi iQIYI juga dapat diakses melalui website iQ.com

Sebagai peneraju dalam penstriman hiburan digital, iQIYI meneruskan momentum kejayaan dengan pelbagai perancangan menarik untuk tahun 2025.

Selepas mencapai sambutan luar biasa pada tahun lalu, iQIYI mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama drama tempatan dengan menjalin kerjasama bersama Media Prima dan pelbagai produksi tempatan seperti MIG Production, Skop Production, Pencil Picture Production dan Zeel Production untuk melancarkan lebih banyak kandungan eksklusif pada tahun ini.

Dari kiri, KC Li, Nini Yusof dan Kevin Foo pada majlis Rumah Terbuka iQIYI, baru-baru ini.

Naib Presiden, APAC & MENA, iQIYI Antarabangsa, Li Kaichen (KC Li), berkata, selepas beberapa kejayaan tahun lepas, drama tempatan telah mencapai lebih 200 juta tontonan digital.
“Berdasarkan kejayaan pada tahun lalu, iQIYI mengambil langkah untuk menubuhkan segmen khas seperti ‘Drama Onz’ – sebuah destinasi utama untuk kandungan drama Melayu berkualiti tinggi yang mempunyai peminat tersendiri.

“Sebagai platform #1 pilihan untuk drama tempatan, iQIYI berpotensi menampilkan lebih ramai bakat tempatan dan memperkenalkan barisan drama baharu sepanjang tahun 2025,” katanya.

Antara tajuk utama iQIYI Original yang bakal dilancarkan termasuk ‘Mawar Dahlia’, ‘Dosa Cinta’, ‘Safira’ dan ‘Griya’. Selain drama tempatan, iQIYI juga menawarkan pelbagai pilihan hiburan seperti Chinese Drama (C-Drama), Anime, dan Reality TV lengkap dengan sarikata untuk tontonan yang lebih inklusif.

Sementara itu, berdasarkan sambutan luar biasa terhadap drama terbitan Media Prima, iQIYI dengan bangga memperkenalkan tab khas Drama ONZ, menjadikannya destinasi utama bagi peminat drama Melayu. Langkah ini menandakan satu lagi kejayaan dalam menjadikan iQIYI sebagai ‘port’ eksklusif untuk kandungan tempatan yang menarik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Television Networks & Primeworks Studios, Nini Yusof, pihaknya sangat teruja dengan kolaborasi bersama iQIYI, sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Dengan kehadiran tab terbaharu, Drama Onz, yang mengetengahkan konsep ‘catchy and young’, kami yakin ia akan menarik lebih ramai peminat drama Melayu, khususnya golongan muda di Malaysia,” katanya bangga.

Sherry Alhadad dan Vanessa Reynauld menghibur tetamu dengan lagu ‘Balik Kampung…Gosip Raya’.

Malah, tab khas ini turut mendapat sokongan daripada HONOR X9a Tab, sebagai penaja utama yang menjanjikan pengalaman penstriman terbaik dengan tagline: “Stream the best drama experience with HONOR X9a Tab.”

Kolaborasi Strategik Dengan CelcomDigi: Perkenalkan StreamMORE Sempena Raya, nikmati iQIYI Standard VIP bersama CelcomDigi serendah RM11.90/bulan dengan 10GB data, atau pilih SpeedStream Pass RM47/bulan untuk penstriman tanpa had.

Pelanggan baharu juga dapat 1 bulan akses percuma dari 26 Mac hingga 28 April 2025. Langgan di MyDigi, Celcom Life App, atau cawangan terpilih CelcomDigi.

Menurut Pengurus Besar, iQIYI Malaysia & Singapore, Jony Deng, kolaborasi antara iQIYI dan CelcomDigi melalui project StreamMORE membolehkan pelanggan menikmati hiburan tanpa batasan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel.

“Kami percaya kerjasama ini akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Dengan pelbagai pelancaran dan kerjasama strategik yang dirancang, iQIYI terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama untuk drama tempatan dan hiburan Asia terbaik.

“Inisiatif seperti Drama Onz, kandungan eksklusif baharu, serta perkongsian dengan Media Prima, HONOR, dan CelcomDigi menandakan satu era baharu dalam landskap penstriman digital di Malaysia. iQIYI kekal komited dalam membawa pengalaman hiburan berkualiti tinggi kepada penonton di seluruh negara,” katanya.

Previous articleGandingan Alyah, Ayu Damit dan Idayu untuk showcase eksklusif
Next articleSindiran berani daripada Diana Danielle menerusi “Raja Dusta”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here