Pakcik Chin Swee (dua dari kiri) bersama Bulan Asyraff (kiri), Riezman Khuzaimi dan Adelyn Heng yang sering melakukan live host di bawah KamiSempoi International Agency.

Oleh: Khadijah Ibrahim

MUNGKIN ada di antara anda yang tertanya-tanya KamiSempoi International Agency (KSIA) itu syarikat apa? Kalau anda adalah KOL (key opinion leader) atau pempengaruh, pasti anda akan ambil tahu tentang KSIA.

Untuk makluman semua, KSIA merupakan No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, yang komited dalam usaha melahirkan live host (hos secara langsung) berkaliber di rantau ini.

Dalam usaha untuk menjayakan misi tersebut, KSIA meneruskan penganjuran KamiSempoi Golden Award 2024 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan rakan niaga mereka yang selama ini telah sama-sama bekerja keras membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh di peringkat global.

Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, pada tahun ini, jumlah kategori yang dipertandingkan untuk KamiSempoi Golden Award 2024 telah meningkat dengan begitu ketara.

Ujarnya, peningkatan jumlah kategori dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 ini membuktikan bahawa jenama KSIA sebagai syarikat agensi TikTok di rantau Asia Tenggara ini semakin dipercayai.

“Pada tahun lalu, hanya tujuh kategori disediakan kepada rakan niaga KSIA, manakala 15 kategori untuk live host. Namun pada tahun ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan untuk rakan niaga, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah tangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

“Bahkan, tiga anugerah baharu iaitu Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 turut diperkenalkan pada tahun ini yang mana salah seorang daripada pemenang akan merebut gelaran Top Host KamiSempoi of The Year 2024,” jelas Pakcik Chin Swee.

Pada tahun ini, KamiSempoi Golden Award 2024 akan diadakan di Galaxy Banquet Hall, Sentul Kuala Lumpur pada 12 Mei ini bermula jam 8 malam beserta dengan acara karpet merah.

Tambahnya, majlis penganugerahan tersebut diadakan bagi menghargai mereka yang sering melakukan live host sama ada di Malaysia, Indonesia mahupun di Singapura.

“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (malaysia) dan 9 (indonesia) rakan niaga secara keseluruhan.

“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA.

“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 diperkenalkan bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber,” jelasnya tentang penambahan kategori baharu.

Pakcik Chin Swee mempelawa sesiapa sahaja yang ingin mencuba bakat sebagai live host TikTok untuk dibimbing oleh KamiSempoi International Agency.

Menurut Pakcik Chin Swee lagi, acara KamiSempoi Golden Award 2024 ini penting untuk diadakan kerana ia juga adalah salah satu usaha KSIA untuk meraikan pelbagai pencapaian yang diraih sepanjang tahun lalu.

“Antaranya adalah kejayaan Adelyn Heng sebagai live host TikTok yang telah meraih kedudukan sebagai Top 3 di Asia Tenggara serta Top 100 di dunia. Melalui kedudukan yang diraihnya itu, Adelyn juga sudah pernah diundang untuk menghadiri acara TikTok di negara luar bagi mewakili Malaysia.

“Bahkan kita juga ingin meraikan pencapaian tiga rakan niaga iaitu BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent yang berjaya meraih jumlah peroleh pendapatan diamond yang tinggi sepanjang tahun lalu.

“Jumlah peroleh pendapatan diamond yang diraih BossKlan pada tahun lalu adalah sebanyak USD73,000 ribu (RM 309,372.41 ribu), KSIA Christ USD68,000 ribu (RM 288,182.52 ribu) serta Mentol Talent USD16,000 ribu (RM 67,807.65 ribu),” katanya.

Dengan reputasi dan pencapaian yang diraih KSIA, Pakcik Chin Swee berkata semakin ramai yang berminat untuk menjadi live host naungan mereka.

“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dariBorneo iaitu Sabah serta Sarawak.

“Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katannya yang turut mengumumkan mengenai bisnes baharu KSIA iaitu membuka label muzik.

Ujarnya, sebagai permulaan, pihaknya telah bekerjasama dengan penyanyi yang juga pempengaruh TikTok Bulan Asyraf untuk melancarkan singlenya, “KamiSempoi”.

“Penubuhan label muzik rasmi ini akan beroperasi bermula pertengahan tahun ini, menandakan fasa baharu dalam usaha memperluaskan pengaruh dan potensi bakat live host di bawah naungan KamiSempoi.

“Sebagai pembuka tirai kepada perjalanan ini, KSIA menjalin kolaborasi Istimewa bersama Miaw Music bagi menerbitkan lagu bertajuk “KamiSempoi”, hasil ciptaan oleh ahli pengurusan KamiSempoi sendiri, iaitu Kimchi Kacak. Lagu ini bakal dipersembahkan buat pertama kali oleh Bulan Asyraff dalam acara berprestij KamiSempoi Golden Award 2024,” katanya lagi.

Jelasnya, pemilihan Bulan Asyraff sebagai penyanyi utama bukan sesuatu yang kebetulan. Beliau merupakan live host aktif di bawah KSIA yang memiliki latar belakang menarik, memulakan kariernya sebagai busker jalanan sebelum bakatnya ditemui oleh KSIA yang kemudian melamarnya untuk menjadi live host di bawah Agensi TikTok KamiSempoi International Agency.

“Bakat dan kerja keras Bulan Asyraff seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada beliau apabila KSIA menghantarnya sebagai wakil menyertai program realiti nyanyian Gimme The Mic, satu kolaborasi antara TikTok dan Astro.

“Keputusan itu membuahkan hasil apabila Bulan Asyraff berjaya melangkah ke pentas akhir dan muncul sebagai Top 2 dalam The Six, sekali gus melonjakkan namanya dalam radar industri dunia hiburan digital dan arus perdana.

“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa. Kini, beliau bukan sahaja menjadi finalist program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.

Tambah beliau lagi, penubuhan label muzik ini membuktikan komitmen jangka panjang KSIA dalam mencungkil dan membentuk bakat-bakat baharu terutamanya untuk live host di bawah naungan KSIA atau rakan niaga rasmi yang menunjukkan potensi dalam bidang seni suara.

#Kamisempoi #KSIA #kamisempoigoldenaward2024 #kamisempoiinternationalagency

Previous articleLagu “Jahat” tapi jiwa Wany Hasrita ‘galau’ sewaktu rakaman
Next article“Redho” kisah hidup Zaiton Sameon yang penuh liku!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here