Image by Freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Ubi Bit merah atau lebih dikenali Beetroot mempunyai banyak sekali khasiatnya untuk kesihatan dan tubuh badan manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Ubi bit merah adalah tanaman yang berasal dari keluarga Amaranthaceae-Chenopodiaceae dan masih satu keluarga dengan sayuran lobak dan sayuran berakar lainnya.

Ubi bit merah bermanfaat untuk wanita kerana kandungan folat, zat besi, dan seratnya, yang membantu mencegah anemia, jantung, melancarkan sistem penghadaman serta mengurangi risiko kanser dan kram. Ubi bit merah juga mengandungi antioksidan dan nutrisi lain seperti potassium, antioksidan, nitrat dan vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung.

Meskipun ubi bit merah mempunyai banyak manfaat, namun tidak digalakkan mengambilnya secara berlebihan kerana dikhuatiri bakal memberikan masalah pada buah pinggang. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan pandangan doktor mengenai jumlah ubi bit merah yang sesuai terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Image by Freepik
  1. Kandungan antioksidan dan vitamin C dalam ubi bit dapat mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, memudarkan parut, serta memberikan kesan anti-penuaan seperti mengurangkan kedutan dan garis halus. Ia juga membantu mengawal minyak berlebihan dan membuatkan kulit lebih sihat serta berseri.
  2. Karotenoid dalam ubi bit juga dapat meningkatkan ketebalan rambut dan membuat rambut sihat dan berkilat. Kisar ubi bit merah dengan parutan halia dan lumurkan pada kulit kepala sambil diurut-urut hingga ke kulit dan akar rambut. Campuran ini dapat mencegah rambut daripada gugur dan menjadikannya berkilau.
  3. Kandungan folat dan zat besi dalam ubi bit merah membantu meningkatkan produksi sel darah merah dan kadar hemoglobin badan seseorang. Ini penting bagi wanita, terutama yang kehilangan darah setiap bulan untuk mencegah anemia.
  4. Potasium, serat dan nitrat akan diproses menjadi oksida nitrat yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah sehingga tekanan darah menurun, dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Caranya minum 500 ml jus ubi bit setiap hari iaitu campuran 1 biji lemon yang dibuang kulit dan bijinya, 2 biji epal, 2 batang lobak, 1 biji ubi bit yang besar, 2 cm halia yang dikisar halus bersama sedikit air.
  5. Serat yang tinggi dalam ubi bit membantu melancarkan sistem pencernaan dan mencegah masalah kanser usus besar.
  6. Antioksidan dalam ubi bit juga dapat menhalang pertumbuhan sel kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
  7. Ubi bit merah juga adalah makanan yang dapat meningkatkan stamina dan tenaga seseorang terutamanya mereka yang aktif bersukan kerana kandungan nutrisinya. Manakala kandungan nitratnya juga dapat menjalankan tugas menghasilkan tenaga dari sel-sel dalam tubuh.
  8. Ubi bit merah juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Kandungan folat didalamnya dapat membantu perkembangan janin yang sihat dan mengurangkan bengkak pada kaki-kaki ibu mengandung.
  9. Pertambahan usia akan menyebabkan berlakunya penurunan fungsi otak. Namun kandungan nitrat pada ubi bit merah dapat meningkatkan fungsi kognitif dan mental serta membantu melancarkan perjalanan darah ke otak. Secara tidak langsung ia membantu membuatkan seseorang itu mampu berfikir dengan eloknya.
  10. Ubi bit merah memiliki kandungan kalori yang rendah, serat dan protein yang tinggi. Nutrisi ini dapat membantu seseorang untuk mendapat berat badan ideal. Kandungan serat yang terdapat pada ubi bit merah dapat mengurangkan nafsu makan dan membuat seseorang itu lebih cepat merasa kenyang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here