Needa atau lebih dikenal "Mak Tiri" duduk paling kanan bersama Zarul Umbrella yang merupakan mantan anak-anak kapal kabin, Penerbangan Malaysia berharap penyertaan dari mereka mempunyai pengalaman sebagai anak-anak kapal kabin dalam majlis amal ini.

Oleh: Syed Wafa

Inilah saat yang ditunggu, Persatuan Bekas Anak-Anak Kapal Kabin MAS (ECCA) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Majlis Makan Malam Amal bertemakan “Retro Night 2025” yang bakal berlangsung pada 4 Oktober akan datang bermula 7 malam di The Saujana Hotel, Subang.

Okjektif majlis ini bertujuan untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim antara bekas anak anak kapal kabin, syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dan anak anak kapal dari mana-mana syarikat penerbangan lain serta termasuk mereka yang masih bertugas di awan biru.

Needa @ “Mak Tiri” bersama Zarul Umbrella & CK Faizal, dalam Podcast Borak Dalam Gallery bercerita pengalaman menarik beliau sebagai mantan anak-anak kapal kabin, Penerbangan Malaysia.

Acara gilang gemilang ini terbuka kepada orang ramai, semua bekas anak anak kapal kabin dan juga yang masih berkhidmat, tiada batasan mana mana syarikat atau tahun perkhidmatan mereka.

Selain menjadi platform untuk bertemu rakan lama dan berkongsi kenangan manis dunia penerbangan, “Retro Dinner” ini juga mempunyai matlamat murni mengumpul dana untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang sedang menghadapi cabaran kewangan atau masalah kesihatan.

Majlis amal ini pastinya membawa semangat kekitaan yang pernah dujalinkan di awan biru, harus diteruskan, dalam bentuk sokongan dan adakan majlis untuk mengumpul dana sebegini.

Majlis makan malam ini turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, hiburan dan sesi cabutan bertuah serta di samping peluang untuk berhibur sambil berbuat kebajikan.

Majlis makan malam ini turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, hiburan dan sesi cabutan bertuah serta di samping peluang untuk berhibur sambil berbuat kebajikan.

Inilah peluang keemasan dan pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan semua. Marilah bersama-sama raikan persahabatan dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan kerana anda bukan sekadar bekas anak anak kapal, malah adalah satu keluarga besar yang mempunyai pengalaman yang sama.

Info Majlis:

Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 7:00 malam
Tempat: The Saujana Hotel, Subang
Terbuka kepada: Bekas anak anak kapal kabin (MAS & mana-mana syarikat penerbangan), anak anak kapal yg masih aktif serta orang ramai.
Harga tiket RM200 seorang.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian tiket, sila hubungi Atau WhatsApp :
Needa di talian
017-334 7770
Atau Fairus di talian
012-914 0989

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here