Oleh Nafsiah Jani

TAK tahu nak berkunjung ke mana cuti sekolah nanti? Jangan risau, segala-galanya ada di Muse Ecopark, Gua Musang, Kelantan. Tempat ini merupakan tarikan terbaharu yang terdapat di negeri Kelantan. Agenda ke sini boleh ditambah ke dalam senarai tempat yang anda patut lawati selain berkunjung ke Dabong, Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubur.

Persekitaran Muse Ecopark yang sememangnya cantik turut disediakan pelbagai aktiviti lasak dan menarik untuk dinikmati sepanjang percutian anda.

Muse Ecopark ialah satu tempat one-stop center untuk aktiviti rekreasi semula jadi, ruang makan dan penginapan.

Aktiviti flying fox dari ketinggian 15 meter dan 40 meter serta beberapa aktiviti yang boleh dilakukan kanak-kanak bersama keluarga. Dijamin anak-anak anda akan menikmati sebuah percutian yang cukup berharga di mana beberapa aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Untuk mandi-manda pula kini kolam renang Eco Muse juga sudah beroperasi sejak pertengahan Ogos ini dan dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 malam.

Bagi mereka yang ingin melihat keindahan dan keseluruhan bandar Gua Musang dari atas, bolehlah hiking sampai puncak bukit batu kapur. Bagi yang sukakan cabaran bolehlah mencuba aktiviti baru, Via Feratta, di mana pengunjung akan berjalan di dinding gua menggunakan alat keselamatan di bawah pengawasan dan bimbingan mereka yang mahir.

Previous articleKonsert Datuk Jamal Abdillah ditunda November ini?
Next articleMajestic Johor Festival 2023 mulai 26 Ogos hingga 3 September ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here