Oleh Nafsiah Jani

SEPATUTNYA Konsert Jamal Abdillah Live in Concert dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini. Namun disebabkan beberapa masalah teknikal, konsert tersebut terpaksa ditunda pada November depan.

Datuk Jamal Abdillah, 64, berkata, dia dimaklumkan oleh penganjur, Shiraz Projects konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baru kerana berdepan masalah teknikal.

“Saya difahamkan, pengarah muzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Ahmad Muriz Che Rose yang sepatutnya terbabit, bertindih dengan acara lain. Saya ada cadangkan penganjur untuk gantikannya dengan komposer, S Atan dan pasukan muziknya. Tetapi terpulang pada penganjur kerana saya cuma menyanyi saja.

“Nak kata tiket tak laku tidak juga. Sebab saya dimaklumkan sebanyak 600 tiket untuk tempat duduk paling mahal berharga RM995 juga sudah habis dijual.

Kalau nak ikutkan, saya kecewa dengan penundaan konsert ini tetapi dalam mana-mana konsert pun masalah teknikal adalah perkara biasa.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana semua perkara berkaitan dengan penundaan konsert ini akan dimaklumkan penganjur nanti,” katanya ketika ditemui di sidang media Akustika Kekasih Awal dan Akhir yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Loong Sing, Johor Bharu pada 20 Oktober ini.

Selain Jamal, Konsert Jamal Abdillah Live in Concert selama dua jam dengan rangkaian 16 lagu popular itu akan diserikan dengan penampilan istimewa penyanyi legenda lelaki yang masih dirahsiakan identitinya.

Selain itu, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani juga turut diundang menyerikan konsert yang dijangka mampu memuatkan 2,800 penonton ini.

Previous articleImpak Emosi Anak Didera Sangat Bahaya!
Next articleJom Pergi Muse Ecopark di Gua Musang, Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here