Arrangement of ripe papaya near leaf
Photo by Any Lane on Pexels

Oleh Nafsiah Jani

Buah betik memang sedap dimakan ketika ia sudah ranum. Rasanya yang lembut dan manis memang sesuai dijadikan buah pencuci mulut sebelum atau selepas kita makan. Betik juga boleh dinikmati bila buahnya separuh masak untuk dijadikan sebagai colek, kerabu ataupun somtam.

Namun tahukah anda, nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam buah betik menjadikan buah ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Khasiat bukan saja daripada buahnya, malah bijinya dan juga daun serta getah betik mempunyai pelbagai khasiat yang tidak terkata hebatnya.

Buah betik adalah buah yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan serat yang baik untuk kesihatan. Serabut kuning di bawah biji betik juga banyak khasiat yang dipanggil bioflavonoids.

Buah ini adalah buah yang baik sekali untuk di makan ketika kita sakit ataupun sihat. Selain murah dan mudah didapati, buah betik mengandungi khasiat yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan tubuh badan manusia.

Khasiat buah betik :-

1.Melambatkan penuaan kerana ia mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin A dan bioflavonoid yang membantu menjaga kulit agar sihat dan bebas kedutan.

2. Beta karoten yang terdapat didalamnya juga membantu seseorang daripada risiko penyakit asma.

3. Memudahkan proses penghadaman dan membantu mengelakkan sembelit dan buasir.

4. Membantu merendahkan tahap kolesterol dan tekanan darah tinggi

5. Baik untuk mata

6. Buah ini juga ada potensi melawan sel kanser (anti-cancer) terutamanya mengurangkan risiko kanser usus.

Sliced papaya on wooden surface
Photo by Any Lane on Pexels

7. Membantu menurunkan berat badan

8. Pengambilan betik setiap hari dapat membantu menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan.

9. Ia juga dikatakan bertindak sebagai tonik yang tinggi khasiatnya jika jus betik dicampur bersama susu dan madu bagi pembesaran kanak-kanak, wanita hamil dan juga ibu yang sedang menyusukan bayi.

10. Amalkan setiap hari sebelum mandi, tampalkan buah betik yang dihancurkan dibahagian muka bagi mengatasi masalah kulit yang berjerawat.

Banyakkan manfaat buah betik? Ayuh amalkan pengambilannya mulai hari ini agar kita sentiasa awet muda dan tubuh badan kita sentiasa sihat serta bertenaga.

Previous articleMalam Gala Amal Runway Fesyen Warisan Malaysia 4 November ini
Next articleGolongan artis dibantu CSR mStar Baek

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here