Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Family of Charity (FOC)
Pertama kali Ladybosz bertemu insan hebat ini, sudah terasa kemesraannya kerana insan hebat ini sentiasa mengukir senyuman. Beliau begitu mesra menyapa serta tutur katanya begitu lembut dan sopan. Itulah insan berhati waja, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman yang merupakan pengasas NGO Family of Charity (FOC) yang juga merupakan rakan strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang banyak melakukan kerja amal membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di Malaysia.
Menurut beliau, okjektif penubuhan FOC adalah bagi membantu masyarakat yang masih dibelenggu dengan masalah keperitan hidup terutamanya ibu-ibu tunggal, anak yatim, gelandangan termasuk membantu sekolah-sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur.
“Satu kepuasan bagi saya dapat melakukan kerja-kerja amal ini dan segala penat lelah akan hilang bila melihat mereka gembira.
“Lebih 10 tahun melibatkan diri dalam kerja amal ini dan saya akan terus membantu masyarakat selagi saya mampu dan bernafas,” kata Shariffah Maznee bersungguh-sungguh.
Banyak aktiviti yang telah dilakukan Shariffah Maznee bersama FOC antaranya membantu mereka yang menghadapi kesulitan ketika PKP yang lalu, mangsa banjir, menyediakan makanan untuk gelandangan dan banyak lagi.
“Saya amat berharap jika ada syarikat swasta atau individu di luar sana yang dapat bersama-sama membantu FOC melakukan kerja-kerja amal ini dengan membantu dari segi kewangan atau barang-barang keperluan.
“Sumbangan dan derma anda begitu berharga bagi kami di FOC untuk terus bergerak bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan,” ujar Shariffah Maznee dengan penuh harapan.
Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan dan bersama-sama membantu FOC bolehlah salurkan di akaun,
Maybank Atas Nama
Persatuan Sinaran Hidup
No akaun 562777251495.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.