Elveena Iris seorang artis yang tabah dan tidak pernah putus asa dalam mengejar impian beliau.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Ehsan Elveena Iris/Syed Wafa

Baru-baru ini ramai yang tertanya-tanya bisnes apa yang penyanyi dan usahawan, Elveena Iris yang popular dengan lagu Penjahat Cinta dan Malu Tapi Mahu ini buat sehingga menerima watikah Anugerah Usahawan Madani 2024 anjuran Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM).

“Sebenarnya ramai yang pertikai bagaimana Elveena terima anugerah usahawan kerana selama ini ramai yang tidak tahu selain menyanyi, Elveena juga mempunyai banyak bisnes. Anugerah ini diberikan bagi menghargai pencapaian Elveena dalam dunia perniagaan.

Mulianya hati Elveena Iris, penyanyi dan usahawan yang banyak buat kerja- kerja amal secara diam-diam.

“Antara bisnes yang Elveena buat ialah SS Restoran di Batu Berendam Melaka, pengurusan acara, grooming class, training untuk TVET dan macam-macam lagi yang boleh mendatangkan duit.

“Elveena juga ada keluarkan banyak produk antaranya, Sambal cili garing dan sambal Lotte, pek asam pedas, pek rendang, E’veena collagen, Miracle double X, D’ratu Vee, E’veena Chocolate dan E’veena coffee -So Sweet Coffee,’’ kata Elveena anak kelahiran Kluang, Johor ini.

Elveena (kanan) bersama Ifa Raziah selepas menerima watikah Anugerah Usahawan Madani 2024 anjuran DPDDM.

Dalam kesibukkannya mengurusan perniagaannya yang banyak, Elveena Iris tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya membuat kerja-kerja amal dan bersedekah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Elveena Iris lagi, walaupun sudah lama tidak muncul dengan lagu baru namun jiwa seni dalam dirinya tidak dapat dipisahkan lagi.

Elveena bersama rakan bergambar kenangan selepas menerima Anugerah Usahawan Madani 2024 baru- baru ini.

“Kadang tu ada juga terfikir nak berhenti menyanyi. Bila cakap macam tu tiba-tiba ada saja tawaran untuk mengadakan persembahan…takkan nak tolak rezeki. Kadang tu bila buat promosi produk Elveena ada juga yang jemput menyanyi, dapat juga rezeki.

“Mungkin mereka senang dengan Elveena sebab Elveena tak berkira sangat tentang bayaran. Suara ini Allah yang bagi…Allah bagi pinjam. Itu sebabnya Elveena tak berkira sangat dan Elveena harap penganjur tahu menilainya.”

Elveena bersama Sambal Cili Garam dan Sambal Hijau Lotte jualannya.

Kini Elveena anak sulong daripada lapan adik-beradik ini tengah merancang untuk mencari lagu untuk single terbarunya.

“Ada rezeki, Elveena nak juga lagu daripada Hael Husaini. Kali ini Elveena nak tampil semula dengan irama balada berbanding sebelum ini irama dangdut. Nak terus maju, Elveena kena ikut trend muzik sekarang. Peminat nampaknya lebih suka lagu yang jiwang –jiwang.

Elveena begitu mencintai bidang seni.

“Bagi membuatkan lagu itu popular dan dikenali dengan cepatnya, lebih baik lagu itu dijadikan lagu tema untuk sesebuah drama dan Elveena juga kena rajin mempromosikan lagu tersebut. Itulah caranya nak sesebuah lagu itu mendapat sambutan dan dikenali ramai.”

Sebelum ini Elveena pernah muncul dengan tiga album mini iaitu Malu Tapi Mahu lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Sheila Abdul dan dua album kompilasi bersama Jaafar Onn

Previous articleJamal Abdillah temui Azura di akhir konsert
Next articleCara hilangkan bulu-bulu halus pada wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here