Oleh: Syed Wafa
Foto : Ehsan Khairul Rizal Dari Chinta Event Entertainment
Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang merungut dengan pelbagai masalah yang mereka hadapi dan inilah juga yang disuarakan oleh seniwati legenda Sophia Ibrahim, 77 kepada Presiden Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi yang berkunjung di kediaman beliau di PPR Sentul Murni,Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Mami (Panggilan mesra Sophia Ibrahim) agak sukar sekarang untuk menerima undangan berlakon atau menyanyi sekarang malah untuk belanja harian Mami sekarang banyak bergantung dengan sumbangan dari individu atau NGO yang sudi membantu kami, artis veteran.

“Mami juga berniaga kecil-kecilan bersama anak Mami iaitu Hairie Kool iaitu menjual “Kopi Nanduk” untuk kesihatan bagi menampung kehidupan harian,” kata Sophia sebak.
“Terima Kasih tidak terhingga Datuk Seri Nor Hasnal dan rakan-rakan sudi datang ziarah Mami dan sudi bantu Mami, hanya Allah sahaja tahu perasaan gembira Mami, ” kata Sophia terharu.
Selain Nor Hasnal rombongan menyantuni artis veteran ini turut dihadiri isteri, Datin Seri Juliah Haji Hanafi, Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah, Penasihat DPDDM, Datuk Seri shahrizal Sharip, pihak media dari Ladyboyz, WafaTV serta penyanyi dan juga usahawan terkenal Datin Elveena Iris.

bagi menampung kehidupan harian,” kata Sophia sebak.
“Alhamdulillah masih ada yang mengingati saya dalam keadaan sebegini, Lebih-lebih lagi kita nak sambut Ramadan tak lama lagi, Mami harap ramai lagi insan di luar sana berhati mulia seperti Datuk Seri ,” kata Sophia bersungguh-sungguh.
Sementara itu, Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah menyatakan perasaan gembira dan terharu kerana dapat menyantuni pelakon hebat terbabit setelah sekian lama menyaksikannya di kaca televisyen.
“Merekalah yang membawa corak dalam dunia seni sebagai tunggak utama. Harapan saya golongan ini akan terus berjuang dalam bidang seni,” katanya.

Dalam kunjungan ziarah itu, Sophia Ibrahim menerima sumbangan wang yang diberi oleh DPDDM yang disampaikan oleh Presiden DPDDM, Nor Hasnal Hashmi selain bakul makanan yang disumbangkan oleh penyanyi Datin Elveena Iris.
Menurut Presiden DPDDM, Nor Hasnal Hashmi aktiviti ziarah insan seni akan berterusan tidak kira masa, antara artis veteran yang telah disantuni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Mak Engku, Fatimah Razak dan ramai lagi.
Suasana tiba-tiba menjadi lebih sayu dan sebak apabila Datuk Seri Shahrizal Sharip yang merupakan penasihat DPDDM mengalirkan air mata apabila melihat wajah seniwati legenda Sophia Ibrahim begitu mirip dengan wajah arwah ibu beliau.

“Pertemuan ini amat menyentuh perasaan saya, insan yang saya datang santuni ini mengigatkan arwah tercinta ibu saya, seolah-olah di depan saya adalah ibu saya sendiri, saya amat berharap Mami sudi terima saya seperti anak sendiri,” Kata Shahrizal Sharip sebak.
“Mami pun berbesar hati menerima Sharizal seperti anak Mami, malah kebaikan beliau hari ini mengembirakan Mami sesuatu yanga amat Mami hargai,” kata Mami sambil berlinang air mata.
Safiah Ibrahim atau Sophia Ibrahim dilahirkan di Singapura pada 20 Januari 1948. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Melayu, Singapura. Apabila bapanya yang berkhidmat sebagai polis berpindah ke Jasin, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Jasin.

Keluarga beliau kemudian berpindah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur dan meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dalam darjah lima dan enam.
Beliau menamatkan alam persekolahan ketika berada di tingkatan empat di Bukit Bintang School. Sophia Ibrahim mula melibatkan diri dalam dunia perfileman dan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Studio Merdeka dalam tahun 1965 dan berlakon di dalam filem ‘Anak Manja’ arahan Salleh Ghani. Beliau kemudiannya diberi peluang memegang peranan utama dalam filem ‘Jambatan Maut’ (1965) arahan Maroeti.
Beliau turut berlakon di dalam beberapa buah filem lain seperti ‘Dajal Suchi’ (1965), ‘Bumiputra’ (1965), ‘Gadis Langkawi’ (1966), ‘Hujan Darah’ dan ‘Jauh Di Mata’. Beliau berkesempatan berlakon di samping dan di bawah arahan P.Ramlee dalam filem ‘Ragam P.Ramlee’ (1965) dan juga ‘Dr. Rushdi’ (1970). Di dalam filem Ragam P.Ramlee yang menyajikan tiga cerita pendek, ketika beliau berlakon di dalam cerita ‘Minta Nombor Ekor’.

Walaupun Sophia mewarisi darah seni datuknya iaitu Aman Belon seorang pelakon yang terkenal di Singapura, namun minat dan kecenderungan beliau adalah untuk menyanyi. Beliau kerap mengalunkan suaranya di Radio Malaya dengan diiringi Kumpulan Gema Pesta Muzik Parti yang dipimpin oleh Zainal Ibrahim. Selain itu, beliau juga turut berlakon dalam drama-drama televisyen.
Bakat dan darah seni yang diwarisi oleh Sophia, turut diwarisi oleh dua orang adiknya iaitu Latiff Ibrahim dan Khatijah Ibrahim. Bukan itu saja malah, salah seorang anak lelaki beliau iaitu Hairie turut menjadi penyanyi bersama-sama kumpulan KOOL yang begitu terkenl.
Sehingga sekarang Sophia masih aktif di dalam bidang seni walaupun tidak selincah zaman remajanya dulu.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.