Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Datin Faridah/Din Nilam
Tahun ini ramai insan seni yang amat kita sayangi telah meninggalkan kita, antaranya Seniman Roslan Saleh, Seniwati Datin Noor Azizah, Nico, Seniwati Sophia Ibrahim, Seniman Khairul Azhar dan ramai lagi. Bagi mengenang jasa insan hebat ini telah diadakan majlis tahlil bagi mengenang jasa mereka dalam dunia seni tanah air.
Majlis penuh barakah ini telah dianjurkan oleh Datin Faridah Zainol Abidin dengan kerjasama Cef terkenal tanah air iaitu Cef Zainal Abd Rahman di Restoran Tanjung Puteri atau lebih dikenali Konah yang juga dimiliki oleh beliau.

“Banyak jasa mereka kepada kita dalam menghiburkan masyarakat di negara ini, antara mereka juga merupakan teman rapat saya,” kata Datin Faridah Zainol Abidin sayu.
Majlis telah dihadiri lebih 200 orang tetamu yang terdiri dari insan seni serta tetamu jemputan khas.
Antara artis yang hadir Mubarak Majid, Kismah Johar, Rabtah Bachik, Azura Aziz, Shaharuddin Thamby, Khaty Azian, Zalifah Ibrahim, S. Mariam, Mak Jah, Normah Damanhuri, Norlia Ghani, Sabree Fadzil dan ramai lagi.

Tetamu dihidangkan dengan menu-menu yang lazat dari Restoran Tanjung Puteri antaranya nasi berlauk, Ayam kicap, rendang limpa, rendang daging, nangka masak lemak, dendeng paru, mee rebus, laksa Johor dan banyak lagi.
“Saya amat berharap majlis ini akan diadakan selalu bagi mengigati insan-insan seni yang telah pergi.


Ayam kicap, rendang limpa, rendang daging, nangka masak lemak, dendeng paru, mee rebus, laksa Johor dan banyak lagi.
“Banyak jasa mereka kepada kita dalam menghiburkan masyarakat di negara ini, antara mereka juga merupakan teman rapat saya,” kata Datin Faridah Zainol Abidin sayu.
Istimewanya, dalam majlis tersebut juga Faridah Zainol Abidin telah menaja tetamu dengan menjamu buah durian.

“Saya amat terharu dengan kemuliaan hati Datin Faridah kerana sudi menganjur majlis pada hari ini bagi mengenang sahabat- sahabat kami yang telah pergi,” kata Mak Jah antara artis veteran yang hadir pada majlis tersebut.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









